Saturday 7 May 2011

ROGER STIMIN, BENIH YANG MENJADI PULAU?



Oleh: DANIEL KALINGANG

BAK kata pepatah Melayu, benih yang baik, jatuh ke laut akan menjadi Pulau. Itulah satu-satunya perumpamaan yang tepat sekali untuk melabelkan sifat-sifat yang baik yang ada pada diri Peguam muda, Roger Stimin, 31, yang baru sahaja menyertai SAPP.

Apa tidaknya, selepas sahaja Roger menyerahkan borang keahliannya kepada Pengerusi CLC SAPP Tenom, Jimmy Jawatah, beliau bersama Jimmy bergegas ke Kg Mantailang Bawah untuk menziarahi seorang warga emas yang terlantar sakit beberapa bulan lalu.

Warga emas berkenaan Rasid bin Buraw @ Tantarau, 70, seorang pesara JKR lebih 20 tahun lalu dipercayai menghidap penyakit jenis ‘athritis’ (penyakit otot dan tulang) sukar untuk bergerak ke mana dan terpaksa dibantu sebatang tongkat khas.

Menurut Tantarau, beliau gembira dan bersyukur kerana telah dilawati oleh dua pemimpin SAPP yang sebelum ini beliau belum pernah diziarahi oleh sebarang pemimpin terutamanya daripada pihak kerajaan.

Selain itu, jelas terbayang di wajah Roger bahawa kehadirannya menziarahi Tantarau sudah tertunai sebahagian kecil daripada misi dan visinya mendampingi masyarakat dan beliau akan terus melakukannya walaupun sekadar membawa tangan kosong ke rumah yang dilawatinya, namun apa yang penting beliau dapat mendekati mereka dan memberi kata-kata semangat kepada sesiapa juga yang dijumpainya.

Selepas itu, Roger dan Jimmy terus bertandang ke rumah seorang ahli politik veteran, Ambrose Mail Mathew untuk bersama-sama menghormati ke-100 hari pemergian ibunda Ambrose. Sudah dijangka kehadiran Roger dan Jimmy tetap mendapat sokongan dan sambutan ratusan hadirin di situ.

Roger yang bukan sahaja karier profesionalnya sebagai Peguam, malah beliau juga seorang ahli perniagaan di Kuala Lumpur kerana turut membuka perniagaan kafeteria diberi nama De’ Borneo Club.

Perniagaan sememangnya sudah menjadi nadi penghidupannya kerana sebelum beliau ditabalkan menjadi Peguam beliau merupakan ‘ahli perbankan’ (Pegawai Bank) dan mempunyai kelulusan Diploma dalam bidang Perniagaan sebelum melanjutkan pengajiannya untuk mendapat Ijazah Undang-Undang (LLB) di UKM.

No comments:

Post a Comment