Thursday, 26 May 2011

SABAHKINI.NET AKAN TENTANG RAIS


Oleh : JAMIL NASRAH

SABAHKINI.NET akan mencabar Menteri Penerangan, Kebudayaan dan Komunikasi, Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dalam saman yang difailkan menteri berkenaan pada 10 Februari 2011 selepas empat artikel yang dianggap berunsur fitnah bertarikh 1, 3, 5 dan 7 Januari, disiarkan di Sabahkini.net.

Menurut Editor Sabahkini.net, Mutalib M.D yang dinamakan sebagai defendan tunggal dalam saman berkenaan; beliau pada mulanya enggan melayan saman Rais kerana tidak mahu mengganggu siasatan polis, namun desakan pembaca Sabahkini.net menyebabkan beliau mengubah fikiran.

“Dia nak tunjuk dia Hero, kita terima cabaran dia. Saya telah lantik peguam untuk wakili pihak saya sementara menunggu tarikh bicara. Kita akan buktikan Sabahkini.net bertanggung jawab terhadap berita yang disiarkan dan akan mempertahankan kredibiliti kita,” ujar Mutalib M.D yang bersedia berhadapan dengan Rais di mahkamah kelak.

Memandangkan beliau telah melantik peguam, maka kes berkenaan akan ditangani oleh peguam beliau dan hanya akan diketahui namanya pada 2 Jun kelak.

Tegas Mutalib, bagi mematuhi injunksi mahkamah, Sabahkini.net telah mengeluarkan empat artikel seperti dalam saman dan tidak lagi menyiarkan artikel yang membabitkan Rais melainkan daripada Bernama.

“Kita patuh arahan mahkamah. Kita bukan takut, tapi jika kita tidak hormati injunksi mahkamah, siapa lagi yang akan hormati sistem kehakiman kita,” ujar Mutalib yang kesal kerana sebagai Peguam Rais telah menyalahguna proses mahkamah dan mengganggu siasatan polis terhadap kes rogol yang didakwa melibatkan Rais.

Sebagai portal yang bertanggung jawab, pihaknya, kata Mutalib, turut menyiarkan penafian atau apa juga berita yang dikeluarkan Rais kerana tidak pernah berniat jahat atau mempunyai agenda tersirat terhadap Rais.

7 comments:

  1. tunggu dan lihat sajalah..

    ReplyDelete
  2. kita lihat siapa yang menang dalam kes ini nnti.

    ReplyDelete
  3. Nampaknya semakin panas Kes Datuk Rais dan Sabahkini.net..

    ReplyDelete
  4. harap-harap janganlah berlanjutan.pasti ada juga penyelesaiannya

    ReplyDelete