Tuesday 24 May 2011

SETIAP RAKYAT MALAYSIA MINUM 7 LITER ARAK?



Oleh: SURIATI MAHMUD

STATISTIK yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengejutkan semua pihak di Malaysia kerana telah disenaraikan oleh WHO antara 10 negara paling banyak menggunakan alkohol di dunia.

Naib Ketua Cabang PKR Batu Sapi, Zainuddin Hassan ketika menghubungi Sabahkini.net menjelaskan pihaknya kesal kerana sebagai Negara Islam, adalah mustahil setiap rakyat Malaysia secara perkapita meneguk 7 liter arak.

“Apakah statistik ini termasuk orang Melayu Islam yang menghabiskan RM1.5 bilion untuk membeli alkohol dan kita kesal kerana anak bekas Perdana Menteri masih menjadi Ahli Lembaga Pengarah syarikat arak,” ujar Zainuddin yang menyebut 10-3 sudah terlalu lumrah di Sabah.

Paling menjengkelkan kata Zainuddin, Labuan menjadi syurga arak dan Sabah menjadi pasaran paling besar untuk arak kerana mudah diseludup masuk dengan kerjasama Jabatan Kastam dan Eksais Di Raja.

Lebih menghairankan kata Zainuddin, ada Ahli Jawatankuasa dan Penasihat Masjid Bandaraya Kota Kinabalu adalah kaki botol sehingga mencemarkan imej Islam.

1 comment:

  1. pelancong 20 juta setahun tak pernah sentuh dan minum arak. anda percaya atau tidak...lu pikirlah sendiri...LOL..hahahahh..(WHO) pertubuhan terbaik di dunia yg boleh dipercayai oleh PKR.

    ReplyDelete