Monday 23 May 2011

SINDROM BOCOR KINI MELANDA MPS



BOCOR.....Rafie menunjukkan ke arah lantai yang dipenuhi air akibat kebocoran paip yang hampir 4 bulan tidak dibaiki oleh MPS.

Oleh : SHAIMON S JUMADI

KEBOCORAN paip yang berlaku di Blok 17, Lot 3C dan 3D, Taman Mesra, Sandakan sejak hampir 4 bulan walaupun sudah beberapa kali penghuninya membuat laporan secara rasmi kepada Bahagian Unit Pembangunan, Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) tetapi tiada sebarang reaksi dan tindakan diambil sehingga ke hari ini.

Mohamad Rafie Misuari, seorang penduduk di blok berkenaan memberitahu kepada Sabahkini.Net kebocoran paip tersebut telah menimbulkan pelbagai masalah terutama sekali penghuni yang tinggal di tingkat bawah kerana air telah menitis memasuki ruang bilik mereka.

“Saya sebenarnya tidak berniat untuk melaporkan hal ini kepada Sabahkini.Net tetapi saya tiada pilihan lain sebab saya sudah jemu dan muak dengan sikap kakitangan pihak MPS yang lalai atau sengaja tidak mahu mengambil sebarang tindakan terhadap masalah yang kami hadapi ini,” jelas Rafie.

Lagi pun jelas Rafie, beliau tinggal bersebelahan dengan Wartawan Sabahkini.Net (SSJ) di Lot 3C, dia di Lot 3D di Blok yang sama dan kebocoran ini betul-betul berlaku di hadapan pintu rumah beliau.

“Saya berharap agar Presiden MPS, Datuk Ir. James Wong dapat mengarahkan pegawai mahupun kakitangannya untuk melaksanakan kerja-kerja membaik pulih kebocoran tersebut dengan segera,” rayu Rafie lagi.

No comments:

Post a Comment