Monday 2 May 2011

SKANDAL SEKS ORANG TERNAMA: YB (B2-III)



SIRI III dalam Bab 2:

Skandal Seks Orang Ternama (YB) berjudul ‘Ratu’ yang disiarkan di portal ini tidak boleh disiarkan oleh mana-mana blog atau portal atau diterbitkan dalam apa juga media melainkan dengan kebenaran penulis asal, Mutalib M.D. Semua watak dan tempat telah disamarkan. Jika ada sebarang persamaan hanya secara kebetulan sahaja. Kisah ini adalah kisah yang benar-benar berlaku tetapi ditutup begitu sahaja oleh pihak berkuasa.

Siri akhir dalam Bab 2: Ratu ini mengkisahkan Suzy (bukan nama sebenar) yang dimangsakan Datuk Shafie Lazim (bukan nama sebenar) VVIP yang telah mencuri kegadisannya dan bertindak meninggalkannya kerana selepas habis manis, sepah dibuang. Bab ini juga diharap menjadi pengajaran kepada bakal ‘Unduk Ngadau’ agar tidak terjebak dengan nasib yang menimpa Suzy.

Sambungan dari Siri II Bab 2:

LOKAN Sabah bukan murah kerana semakin pupus. Kebanyakan sawah bendang dan Sungai Dara kini tidak lagi berlokan. Kalau adapun yang sudah dikembung kempis dan dicocok dengan lidi atau pisau untuk mengeluarkan isinya, lalu kulit lokan itu dibuang semula ke sungai.

Hari-hari berikutnya, tidak lagi terasa indah, terutama setelah Datuk Shafie kembali ke Sabah. Namun Suzy semakin matang dan mula mengenali erti seks dan harga diri seorang wanita walaupun seminggu sahaja berada di Hong Kong. Bukan sahaja melalui pergaulannya dengan warga Hong Kong, malah melalui hati budi Datuk Shafie yang telah mula diterima sebagai ‘suami angkat’ nya.

Sekembalinya ke Kota Kinabalu, Suzy sudah banyak berubah, terutama tutur katanya dan gayanya berjalan. Juliana sedar perubahan anaknya, namun melemparkan jauh-jauh kebimbangannya itu kerana memikirkan Suzy penat setelah seminggu suntuk penuh dengan pelbagai program. Juliana tahu Suzy berbohong kerana mengakui banyak hadiah yang dibawa balik diberikan oleh penaja dan cenderamata.

Namun sebagai ibu yang kenal hati budi anaknya, Juliana menyimpan kebimbangan itu jauh di dalam sudut hatinya. Apatah lagi Suzy sudah dewasa dan sudah boleh memilih hala tuju hidupnya sendiri.

Juliana merasa serba salah kerana terlalu mengongkong pergaulan Suzy selama ini. Dia berhasrat untuk menjadikan Suzy sebagai ‘Wanita Terakhir Dusun’ yang masih perawan ketika menyerah diri kepada suami pada malam pertama.

Walaupun tidak lagi menaruh harapan yang tinggi terhadap hasratnya itu, namun dia yakin Suzy sudah matang untuk membuat keputusan.

“Ibu, Suzy mau kerjalah. Lagipun adik-adik perlukan belanja sekolah. Ibu sudah tua. Ibu rehatlah. Biarlah Suzy pula yang bantu ibu…,” bisik Suzy pada ibunya ketika mereka duduk di pangkin bambu yang dibuat mendiang ayahnya.

“Tapi kau kata dulu mau belajar lagi. Lagipun kau belum dapat keputusan STPM kau lagi. Baiklah kau sambung lagi…” pujuk Juliana yang ingin membuktikan kepada adik beradiknya bahawa dia mampu menyekolahkan anak-anak sehingga ke peringkat universiti walau tanpa suami dan bergantung harap wang pencen mendiang suaminya.

“Suzy faham bu, tapi keadaan tidak mengizinkan. Lagipun Suzy senang dapat kerja. Banyak peluang sekarang. Nanti kalau belajar terus, belum tentu dapat kerja lagi…” rayu Suzy lagi.

“Ibu tidak melarang. Mana yang kau fikir baik, kau buatlah,” kata Juliana mengalah kerana memikirkan ada juga benarnya pendapat Suzy, apatah lagi memikirkan dirinya yang sudah semakin uzur sejak akhir-akhir ini.

Suzy terpaksa terima tawaran Datuk Shafie untuk bekerja di agensi pelancongan milik Datuk Shafie yang berselindung di sebalik nama proksinya, Datuk Chin Chu Phiang semata-mata mengelak daripada terpaksa mengishtiharkan harta dan melepaskan jawatan dalam kabinet.

Namun memandangkan Datuk Shafie dan Suzy sukar untuk bertemu melainkan ke luar daerah kerana bimbang tembelang mereka pecah, maka Datuk Shafie memindahkan Suzy ke cawangan agensinya di Singapura bagi memudahkan mereka bebas melakukan apa sahaja kerana Datuk Shafie menyewa sebuah apartment mewah di Commonwealth Drive, Singapore 3 sebagai tempat mereka memadu kasih.

Walaupun ibu Suzy agak keberatan terutama apabila memikirkan keselamatan anak gadisnya yang menjadi harapan dan kasih sayangnya tertumpah selama ini, namun demi untuk masa hadapan anaknya, Juliana merelakan Suzy pergi ke Singapura dengan linangan air mata.

Suzy menyangka laut yang pasang tidak akan surut. Laut yang pasang akan mempunyai banyak ikan berbanding Sungai Dara yang selalu kering. Namun apabila laut telah surut barulah dia tersedar bahawa dia kini terdampar di negeri orang kerana Datuk Shafie sebenarnya termakan nasi kangkang Datin Zuhaida sehingga terlalu takut rahsianya terbongkar setelak Skandalnya dengan artis dihidu media sehingga terus mengabaikan Suzy.

Walaupun menerima gaji yang ala kadar, namun kemewahan hidupnya selama ini menyebabkan dia kekok apabila tidak lagi mendapat wang saku puluhan ribu daripada Datuk Shafie yang selama ini menjaga makan pakainya tetapi kini tidak lagi menjamah lokan yang semakin berkerepot.

Ibarat burung kepatahan sayap, Suzy hilang tempat bergantung dan hanyut oleh gelodak nafsu di tempat orang. Jika dia kembali ke Kuala Lumpur, dia akan terpaksa kembali ke Ulu Kelang dan mungkin boleh mengusahakan perniagaan kecil-kecilan bersama ibunya. Namun kemerosotan ekonomi membuatkan dia membatalkan hasratnya untuk berniaga, apatah lagi wang simpanannya hanya tinggal RM5,000 sahaja lagi.

Gajinya tidak lagi dapat menampung keperluan sehariannya, apatah lagi Datuk Shafie sudah semakin jauh dan menghindar daripadanya. Ibarat peribahasa Melayu, habis manis sepah dibuang.

Mahu tidak mahu, dirinya ibarat lokan yang dihanyutkan oleh arus sungai Dara, mungkin akan terkambus di dalam selut atau dijumpa oleh orang yang bukan sahaja akan mengambilnya malah akan merebusnya walau isinya telah liat.

Daripada menjadi gundik seorang menteri atau VVIP, kini Suzy terpaksa menjadi gundik kepada puluhan VIP atau pelacur kelas atasan.

Kalau dulu hanya Datuk Shafie yang menjejakkan kaki ke bilik tidurnya, kini kebanyakan VIP di Singapura telah menidurinya, sama ada di apartment mewahnya atau ditempah ke hotel ternama.

Namun kemerosotan ekonomi Asia Tenggara turut menggerhanakan pelanggannya sehingga kalau dahulu ada pelanggan yang terpaksa menunggu sehingga dua hari untuk mendapatkan khidmatnya, namun kini seminggu sekalipun jarang yang mendatanginya. Kalau adapun, minta diskaun, macam makan roti canai di kedai mamak.

Mahu tidak mahu, Suzy terpaksa mentarafkan semula grednya daripada VIP kepada golongan pertengahan. Walaupun pendapatannya agak lumayan kerana golongan ini tidak terjejas oleh kegawatan ekonomi, namun jauh di sudut hatinya menyimpan hasrat untuk berhenti melakukan kerja gila ini.

Apatahlagi ada seorang pelanggannya yang kematian isteri bercadang mengambilnya sebagai pengganti. Suzy tidak menyangka masih ada insan berhati mulia walaupun dia tidak dapat mempastikan apakah ianya perangkap atau lambang kejujuran.

Walaupun Suzy semakin hanyut, namun tugas mengirimkan wang untuk adik-adik dan ibunya tidak pernah dilupakan, sekurang-kurangnya semangat Huminodun masih kental di dalam jiwanya.

“Kring... Kringgg!”

Deringan loceng pintu apartment menghambat jauh kenangan silam Suzy. Dia bangun lalu menuju ke arah pintu. Suzy mempamerkan senyum mesra walaupun sudah hampir dua bulan hanya menerima pelanggan yang sama seolah-olah dia sudah menjadi isteri lelaki itu.

Lelaki yang telah berjanji untuk mengahwininya. Tetapi kini sudah hampir lima bulan, janji tersebut belum dikota. Namun sebagai pelacur profesional dia perlu melayan setiap pelanggannya, walaupun sudah berkoyan janji diukir untuk melamarnya.

Siapalah dirinya untuk menagih janji? Jika dahulu dia tidak menagih Datuk Shafie mengahwininya, apatah lagi mahu menagih janji kepada Willy yang entah berapa ratus kali menumpahkan benih ke dalam rahimnya.

Mujur Suzy menanam susuk pencegah kehamilan, jika tidak mungkin setiap tahun akan melahirkan anak haram bukan sahaja anak Datuk Shafie, malah Samy, Chong, William, Willy dan beribu lelaki lagi.

Willy ibarat pelaut yang terjatuh ke tengah laut, batang kayu buruk pun akan dikerabatnya sehinggalah dia tiba di pelabuhan.

Ketika itu barulah dia sedar bahawa yang dinaikinya bukanlah perahu sebaliknya sebuah tongkang pecah yang bertakung segala jenis air yang beraneka warna dan jenis dengan aroma yang pelbagai jika tidak bercampur dengan air laut!

No comments:

Post a Comment