Friday 6 May 2011

SUHAILI MULA BUKA MULUT



Oleh: MUTALIB M.D

KETUA Umno Bahagian Labuan yang digugurkan jawatannya setelah didakwa di mahkamah pada 2008, Datuk Suhaili Abdul Rahman merayu para penyokongnya agar tidak melakukan sebarang tindakan yang boleh menambah buruk lagi keadaan.

Kata Suhaili, dalam apa juga keadaan, kewajiban ahli UMNO ialah mempastikan UMNO mantap melalui pengukuhan perpaduan.

Dalam keadaan sekarang, kata Suhaili, beliau tidak penting, tetapi nasib ahli UMNO Labuan yang tidak mempunyai tempat mengadu menyebabkan mereka bertindak secra bersendiri, termasuk membuat kenyataan media boleh melemahkan UMNO jika tidak ditangani segera.

“Bagaimanapun saya agak kesal kerana tuduhan yang dibuat di mahkamah terhadap saya adalah bukan atas dasar salah guna kuasa atau rasuah semasa memegang jawatan sebagai MP atau Pengerusi LC; tapi kes menjamin pinjaman pada tahun 1995 iaitu empat tahun sebelum sebelum saya jadi Ahli Parlimen Malaysia (Labuan)” kata Suhaili yang kecewa kerana Umno menjatuhi hukuman sebelum bicara, seolah-olah beliau melakukan kesalahan jenayah yang amat berat.

Kata Suhaili, beliau turut bersedih dengan sikap sambil lewa Majlis Pengurusan UMNO kerana tidak langsung melayan kes rayuan beliau seolah-olah beliau pernah menjadi calon pembangkang.

“Senario politik inilah yang menyebabkan penyokong saya bertindak liar dan tidak dapat menerima hakikat hukuman yang dikenakan terhadap saya sehingga menjadi punca Umno bahagian Labuan seperti kapal pecah dilanda ombak sekarang,” kata Suhaili yang mengakui baru sahaja menonton Videl Klip yang disiarkan di SabahkiniTV yang bertajuk ‘Kata Dua 14 Cawangan UMNO Labuan Kepada BN’.

No comments:

Post a Comment