Wednesday 11 May 2011

TASK-FORCE UMNO UNTUK GULINGKAN MUSA?



Oleh: MOHD YATIM SUHAILI

SETELAH beberapa kali sesat di belantara politik dan sering menemui kegagalan untuk merintis jalan pulang ke Sabah, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal kini menubuhkan Task Force UMNO; konon atas restu Presiden UMNO bagi menggulingkan Datuk Seri Musa Aman sebagai Ketua Menteri Sabah dan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah.

Jika sebelum ini, Shafie menggunakan Timbalan Presiden LDP, Datuk Chin Su Phin dan Adun Pantai Manis Datuk Abdul Rahim Ismail sebagai ‘kuda’ dan ‘keldai’ politiknya, namun sering menemui kegagalan, menyebabkan Shafie terpaksa menukar ‘Modus Operandi’ dengan menjual nama Presiden UMNO untuk memberi kekuatan dan memastikan cita-cita menumpaskan Musa Aman di luar gelanggang menjadi kenyataan.

Pengkhianatan Shafie begitu ketara pada Pilihanraya Umum Ke 12 apabila langsung tidak membela pemimpin USBO sekalipun sebagai Penasihat USBO beliau telah berjanji untuk memastikan bahawa pemimpin tertinggi USBO akan tetap dipilih sebagai calon; namun ketika senarai calon diumumkan, nama Datuk Seri Panglima Salleh Tun Said, Tan Sri Pandekar Amin Haji Mulia dan Datuk Amir Kahar Tun Mustapha tercicir dan tersingkir.

Kini menjelang Pilihanraya Umum Ke 13, Task Force UMNO (KDM) digunakan untuk menyingkirkan Musa Aman dan semua penyokongnya bagi memastikan beliau terpilih sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah dan mengetuai pilihanraya umum akan datang.

Task Force UMNO (KDM) yang dibentuk Shafie akan mengguna platform Perayaan ‘Pesta Menuai’ untuk melancarkan ‘Saiwar’ bagi meraih sokongan akar umbi dan pemimpin bahagian agar berpaling tadah daripada menyokong Musa Aman.

Sebagai bukti kesungguhan Shafie, Task Force UMNO (KDM) yang diketuai ‘Bapa Ayam’ John Ambrose dengan bantuan ‘Raja Kelab Malam’ Peter Anthony akan mengadakan Majlis Penyerahan Sumbangan Pelajar Termiskin Luar Bandar dan Sumbangan Sekolah Sempena Pesta Kaamatan 2011 pada 15 Mei 2011 di SK Our Lady Fatima, Kampung Kelatuan, Papar yang dirasmikan oleh ‘Ketua Menteri Sabah Dalam Penantian’, Datuk Seri Haji Mohd Shafie Hj Apdal, yang juga Menteri KKLW.

Saiwar politik ini amat menarik kerana majlis berkenaan diadakan di Parlimen KImanis ketika Ahli Parlimennya, Datuk Anifah Aman yang juga adik Musa Aman berada di luar negara kerana menjalankan tugas rasmi.

Menurut maklumat dalaman KKLW, John Ambrose dan Peter Anthony diberi projek bernilai NKRA RM300 juta sebagai dana untuk memperkukuhkan operasi Task Force UMNO (KDM); terutama memastikan arahan ‘Perdana Menteri’ yang disampaikan melalui Shafie dijayakan dengan sempurna.

Penggulingan Musa Aman menjadi agenda utama Task Force UMNO (KDM) dan dimulai dengan menyerang kawasan Pro-Musa Aman iaitu Kimanis, Tenom, Beluran, Papar dan sebagainya bagi melumpuhkan pengaruh Musa Aman untuk memudahkan beliau melalukan kudita (coup-de-taat) dengan restu ‘Big Brother’, Najib Tun Razak.

Penggunaan gambar Najib dalam poster majlis berkenaan memang disengajakan atau direstui Perdana Menteri kerana masih teragak-agak membuat keputusan sehingga Chin Su Phin menjadi burung kakak tua menyuarakan hasrat Shafie dengan menjadikan pilihanraya umum Sarawak sebagai peluru untuk menembak Ketua Menteri Sabah.

2 comments:

  1. Orang tua kata 'daun pokok itu tidak akan bergoyang sekiranya tiada angin'jadi pada pendapat saya mesti ada yang salah dalam hal ini.Dua pemimpin itu tidak bolih salah dan dua pun tidak akan betul.Maksud saya mesti ada satu yang betul dan satu yang salah.
    Bagi saya Shafie mesti ada sebab yang kukuh untuk menganti Musa sebagai Ketua Menteri.Ini bukan bererti beliau meminati kerusi tersebut tapi hanya ingin Musa digantikan olih pemimpin UMNO yang lain.
    Bagi saya Shafie sudah selesa berkedudukan Menteri Pusat dan ingin kan kedudukan KM Sabah amat jauh sekali.Tapi beliau mesti ada sebab yang lain mungkin untuk membersihkan nama UMNO yang sudah kotor di Negeri Sabah.Tujuan beliau mungkin disalah tafsir dan Musa kerana inginkan kedudukan tersebut dengan lebih lama lagi mengunakan segala ikhtiar untuk menentang Shafie.
    Bagi saya Musa memang sudah lama menduduki kerusi KM dan patut di ganti dengan muka baru.Beliau bukan dipilih olih pemimpin Sabah untuk menduduki kerusi tersebut tapi atas budi bicara Presiden UMNO dan PM.Kerana Presiden UMNO melantik beliau sebagai ketua perhubungan Negeri maka dengan itu mungkin beliau di jadikan KM.Kekuatan politik beliau adalah dalam gengaman PM dan bolih hilang pada bila masa.Sekiranya pemimpin baru dilantik pada besok hari maka kekuatan politik pemimpin tersebut adalah sama seperti Musa dan saya percaya semua pemimpin UMNO akan beri sokongan yang padu.
    Musa Aman hanya nampak kuat dalam kedudukan nya kerana beliau adalah Ketua Menteri.Buang kedudukan tersebut beliau adalah pemimpin biasa saja lain daripada Tun Mustapha yang mempunyai pengaruh dan sokongan 'grassroots' dimana sokongan kepada beliau adalah kuat dan hangat walaupun tidak menjadi KM Sabah.
    Pemimpin UMNO Sabah olih itu jangan lah taksub sangat kepada Musa dan patut menilai sendiri ciri-ciri dan kualiti kepimpinan untuk masa depan Sabah dan tidak terkongkong olih kesetiaan yang membuta hingga lupakan asas perjuangan UMNO di negeri sabah ini.Perubahan mestilah dilihat dalam konteks positif untuk masa depan Sabah dan patut bermula sekarang.

    ReplyDelete
  2. Sangat setuju dengan pendapat Indahme.... Musa tu manusia 'corrupt'.... bagi dia jawab satu soalan dah cukup... apa jadi dengan wisma musa aman...sila jawab?!

    ReplyDelete