Wednesday 18 May 2011

KEKUSUTAN PBS DAN PBRS, TERLERAI



RAMAH….Simpil bersama dengan Alexander (kanan) untuk bagi meleraikan kekusutan yang timbul ekoran kenyataan akhbar Ketua Cawangan PBS.

Oleh: ROZIE JUMAT

PARTI Bersatu Sabah (PBS) N.38, Nabawan menafikan sekeras-kerasnya satu kenyataan yang didakwa mewakili parti berkenaan di akhbar tempatan yang mendakwa Parti PBRS bukan aset BN.

Kenyataan tersebut bukan sahaja menafikan kenyataan usaha dan kerja keras yang dilakukan oleh parti PBRS, malahan turut mempunyai agenda tersendiri yang hanya diketahui oleh jurucakap itu.

Alexander Adut, yang ditemui di pejabatnya di sini berkata, beliau kesal dengan kenyataan tersebut kerana dibuat tanpa pengetahuan beliau sebagai Ketua Bahagian dan AJK Bahagian. Namun beliau tidak menafikan, jurucakap tersebut, Jack Sangau adalah Ketua Cawangan bagi PBS di Kg.Nalasaran, Sepulut.

“Kenyataan itu tiba-tiba keluar dan saya juga menerima banyak panggilan. Ini bukan dari kami, kami tidak terlibat, kami tidak sama sekali menggalakkan kenyataan seumpama ini yang boleh memecahbelahkan perpaduan sesama parti komponen di sini,” kata Alexander.

Beliau yang turut ditemui oleh Penolong Ketua Penerangan Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) N.38 Nabawan merangkap Ahli Majlis Tertinggi (AMT) Empir Andigos, yang datang meminta penjelasan berkenan dengan kenyataan tersebut di pejabatnya.

Alexander juga kesal dengan pihak media yang tidak mendapatkan ulasan dari beliau sendiri selaku Ketua Bahagian dan mengambil ulasan ahli biasa yang tidak sepatutnya dipetik. Namun kata Alexander,kenyataan itu adalah dibuat secara peribadi oleh ketua Cawangan dan ianya bukan pendapat PBS.

“Kenyataan itu adalah kenyataan Jack Sangau sendiri dan pendapat beliau sendiri, Kami tidak pernah membincangkan hal tersebut,“ kata Alexander.

Sehubungan dengan itu kata Alexander, apa pun yang diperkatakan dalam kenyataan itu adalah pendapat Jack Sangau sendiri.

Alexander juga memberitahu bahawa antara PBS dan PBRS di kawasan itu tidak ada masalah dan mempunyai hubungan yang baik.

“Kita bekerja dengan baik sebagai parti komponen BN dan kami menghormati parti ini (PBRS),” ujar Alexander.

Sementara itu, Simpil Andigos berkata tujuan parti PBRS menemui PBS adalah untuk mendapatkan penjelasan yang sebenar berkenan dengan kenyataan Ketua cawangan PBS Kg.Nalasaran, Jack Sanggau.

“Kita tidak mahu keadaan menjadi keruh disebabkan oleh kenyataan oleh seseorang diperalat oleh pihak pihak tertentu yang mempunyai kepentingan peribadi di Pensiangan,” kata Simpil.

Kata Simpil, PBRS telah bekerja keras melalui Ahli Parlimen Pensiangan , YB Tan Sri Joseph Kurup dan telah banyak pembangunan telah dilakukan dan dilaksana di kawasan Pensiangan khususnya di Nabawan, Pensiangan.

No comments:

Post a Comment