Wednesday, 18 May 2011

PEMUDA UMNO SOKONG FESTIVAL BAHASA MELAYU



SERAH......Kelihatan Jamawi (tengah) ketika menyampaikan sumbangan tersebut kepada Kapitan Cina Tenom bersama sebahagian dari jawatankuasa penganjur festival tersebut.

Oleh: JAAFAR ABDUL WAHID

FESTIVAL yang dijangka akan berlangsung pada 22-24 jun 2011 akan diadakan di Hotel Perkasa, Tenom dan dijangka akan dirasmikan oleh Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Dr yee Moh Chai.

Festival tersebut julung kali pernah diadakan di daerah Tenom bertujuan untuk meningkatkan kemahiran penggunaan bahasa Melayu baku di kalangan pelajar.

Majlis penyerahan sumbangan tersebut dilakukan sendiri oleh Ketua Pergerakan Pemuda Umno Tenom, Jamawi Jaafar dalam satu majlis ringkas dan Kapitan Cina Tenom telah mewakili pihak penganjur bagi menerima sumbangan tersebut.

Ketia ditemui selepas majlis tersebut, Jamawi yang juga Exco Pergerakan Pemuda Umno Malaysia berharap melalui sumbangan tersebut ia dapat membantu mempertingkatkan tahap penguasaan pelajar khususnya pelajar bukan Melayu menguasai bahasa Malaysia sebagai bahasa resmi negara.

No comments:

Post a Comment