Tuesday 17 May 2011

UMNO SEPANGGAR SEDAR PERANAN BLOGGER



Oleh: JARINA JAAFAR

KEJUTAN demi kejutan yang dibuat oleh media baru, internet telah menyedarkan UMNO Sepanggar berhubung perkembangan dunia teknologi maklumat dan tidak boleh memandang remeh kehadiran media berkenaan yang hampir membadaikan Tsunami pada pilihanraya umum 2008 di Semenanjung Malaysia.

“Ada satu komuniti yang 'loose' tetapi agak bahaya dan perlu diberikan perhatian oleh kita semua iaitu komuniti internet atau yang kita panggil bloggers,” kata Ketua UMNO Bahagian Sepanggar, Datuk Jumat Idris ketika berucap di majlis Persidangan UMNO Bahagian Sepanggar baru-baru ini.

Kata Jumat, ahli UMNO harus bijaksana menilai maklumat dan kebenaran fakta yang dimuatkan di dalam blog kerana kesahihannya masih diragui disebabkan tidak berlandaskan fakta sebenar.

“Bloggers ini menulis kadang-kadang tanpa usul periksa, tanpa memberitahu maklumat yang betul tentang sesuatu perkara. Namun kita mesti mengambil perhatian terhadap komuniti internet ini kerana ia boleh menyebabkan masyarakat keliru lebih-lebih lagi terhadap parti kita,” kata Jumat yang mengakui sedikit tertekan dengan kritikan liar yang disiarkan blog tertentu.

Bagaimanapun kata Jumat, beliau bersedia menghadapi dan mendepani apa juga cabaran getir, terutama memastikan UMNO mendapat kembali kerusi Parlimen Sepanggar (SAPP) dan mempertahankan Kerajaan Barisan Nasional pada pilihanraya umum akan datang.

No comments:

Post a Comment