Oleh: THIEN VUN KEAT (Ahli LDP)
BARU-BARU ini, Timbalan Presiden LDP Datuk Chin Su Phin tidak berhenti-henti mengkritik Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman, telah meriuh-rendahkan senario politik di Sabah dan juga menjadi bahan ketawa orang ramai; namun sebagai ahli LDP, perasaan saya adalah kecewa dan pahit.
Sebagai ahli parti LDP selama 12 tahun, apa yang membanggakan saya adalah peristiwa Tan Sri Chong Kah Kiat meletakkan jawatan sebagai Menteri Pelancongan dan Presiden Parti, akibat tidak berpuas hati terhadap Ketua Menteri. Keberanian beliau yang meletakkan jawatan menjadikan LDP sebuah parti yang bermaruah.
Seperti apa yang kita tahu, mudah bagi seseorang yang tidak punya apa-apa untuk mundurkan diri dari mana-mana bidang, ini kerana seseorang itu tiada apa-apa yang tidak boleh melepaskan; tetapi bagi seseorang yang mempunyai kuasa dan jawatan tinggi seperti Tan Sri Chong Kah Kiat, keberanian yang besar adalah diperlukan bagi beliau membuat keputusan meletakkan jawatan.
Saya begitu mengkagumi Tan Sri Chong adalah kerana beliau tidak pernah melibatkan parti LDP ke dalam pertengkaran antara beliau sesama Ketua Menteri. Bagi menjaga perhubungan baik antara LDP dengan Ketua Menteri, beliau meletakkan semua jawatannya sebelum membawa kes-kes seperti isu Patung Mazu ke mahkamah; bagi mengelakkan berlakunya percanggahan antara dua-dua pihak.
Namun pada hari ini, Datuk Chin bukan saja melibatkan LDP dalam conflik antara beliau dengan Ketua Menteri, tetapi juga menggunakan LDP sebagai senjata sendiri untuk menyerang Ketua Menteri.
Beliau juga cuba menghasut pemimpin-peminpin dan ahli-ahli parti menyertai barisan beliau. Saya kecewa dengan perbuatan Datuk Chin yang begitu tidak bermoral dan tidak bertanggung jawab.
Datuk Chin sebagai seorang penyokong ‘hardcore’ (khadam) Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Shafie Apdal; dan bukan rahsia di negeri Sabah bahawa beliau telah pun memperolehi lebih RM300 juta nilai projek daripada Shafie sehingga sanggup melakukan apa saja untuk membalas budi kepada Shafie termasuk menentang Ketua Menteri Sabah.
Tambah dikesali, LDP tidak mendapat satu sen pun daripada projek yang beliau perolehi menggunakan nama LDP dan kedudukannya sebagai Timbalan Presiden Parti.
Namun, perbuatan ini telah mengakibatkan LDP terpaksa ‘membayar bil’ iaitu mengalami akibat seperti kehilangan jawatan Timbalan Ketua Menteri dan jawatan pengerusi-pengerusi di institusi kerajaan negeri.
Ini adalah perlakuan yang tidak bertanggung jawab dan pentingkan diri, kita perlulah sedar bahawa LDP tidak dimiliki Datuk Chin, bahkan tidak patut dijadikan alat senjata kegunaan sendiri untuk mencapai agenda sendiri.
Pada PRU ke-12 2008, Parti LDP menang di kesemua kerusi yang bertanding iaitu 1 kerusi Parlimen dan 3 kerusi DUN, sudah tentu dan tidak dapat dinafikan bahawa parti LDP lebih popular dan dapat lebih banyak sokong daripada rakyat; berbanding dengan sesetengah parti dari semenanjung yang hanya tahu lobi ahli DUN menyertai parti tersebut. Masa depan LDP masih cerah dan masih ada banyak misi yang kita perlu hadapi, kita tidak patut membazir masa di atas agenda individu.
PRU ke-13 akan diadakan bila-bila masa. Saya menasihat Datuk Chin berhenti menganiaya LDP, tetapi meletakkan manfaat parti di depan manfaat diri sendiri, supaya LDP dapat bertanding lebih banyak kerusi dan menang dengan 100%, seperti apa yang dicapai pada PRU ke-12.
Jika Datuk Chin Su Phin masih mahu bertengkar dengan Ketua Menteri, saya bercadang Datuk Chin agar meletakkan jawatannya sebagai timbalan presiden parti; seperti apa yang dibuat oleh Tan Sri Chong, bagi mengelakkan LDP turut ‘merasai rasa pedas’ akibat perlakuan Datuk Chin yang pentingkan diri itu.
Chin seharusnya jgn libatkan LDP dalam konfliknya dgn Musa Aman.
ReplyDeleteadalah lebih baik jika Chin tidak menggunakan LDP sebagai senjata dalam soal penentangannya terhadap KM.
ReplyDeletekepentingan peribadi seharusnya dielakkan dalam perjuangan sesebuah parti.
ReplyDeletesegala permasalah boleh diselesaikan dgn cara baik. Chin harus berfikiran rasional dan jgn jejaskan hubungan LDP dan UMNO.
ReplyDeleteEnough is enough.
ReplyDeletesetiap isu haruslah ditangani secara professinal.
ReplyDeletesebaiknya setiap isu yang berlaku diselesaikan dengan baik demi kepentingan semua pihak.
ReplyDeletemungkin Chin ada agenda peribadi dengan menggunakan nama parti sebagai platfom..
ReplyDeleteseharusnya Chin elakkan daripada melibatkan parti dengan konflik beliau terhadap pucuk pimpinan parti BN negeri..namun ternyata Chin sanggup menggunakan LDP sebagai alat kepada isu peribadi beliau.
ReplyDeletekalau LDP tidak setuju dengan Chin maka pecat sahaja beliau dari parti demi kebaikkan parti..
ReplyDeleteChin pentingkan diri...tidak perlu layan dia...makin dilayan makin bertabiat...
ReplyDeleteChin memberi pendirian nya sebagai pemimpin LDP dan tidak salah kerana dalam BN parti komponen tidak bolih di larang untuk memberi pandangan dan pendapat.Kita lihat pertelingkahan diantara MCA dan UMNO.Sekarang sudah nampak Gerakan membantah jemputan UMNO terhadap PAS ke dalam BN.MIC pun ada mengkritik UMNO dulu.
ReplyDeleteSetiap parti dalam BN ada 'intelligence unit' mereka untuk memaklumkan pendapat umum terhadap pemimpin kerajaan.Dalam hal ini hanya LDP berani bersuara melalui Datuk Chin demi kebaikan BN dan bukan sebaliknya.Dukacitanya pandangan tersebut diterima dengan kemarahan dan negatif olih UMNO dan Musa sendiri.Sekiranya Musa tidak dapat menerima kritikan kawan dari BN maka beliau hilang kelayakan sebagai ketua BN diSabah dan harus mengundur diri.Kepada pemimpin UMNO yang lain mereka patut menasihat Musa agar tidak berdendam dengan Datuk Chin angkara kritikan beliau kerana itu adalah lumrah politik dan risiko yang harus dihadapi olih seorang ketua.Tapi 'kalau takut dilambung ombak jangan pula berumah ditepi pantai'.
If Chin Su Phin can no longer work with BN, its better that he quit and join the opposition.
ReplyDeleteI think Musa not afraid of the 'ombak' but if Chin can't work with him how come all things can done well. Beside the LDP also got their on conflict, LDP also not support Chin.
ReplyDeleteBenar, saya masih ingat itu. DTan Sri Chong meletakkan jawatan hanya kerana tidak berpuas hati. Tapi cara Tan Sri itu sungguh saya kagumi. Kerana bila dia meletakkan jawatan tidak ada konflik berlaku antara parti komponen BN. Memang Tan sri sungguh bijak.
ReplyDeletetidak salah Chin menyuarakan pandangan dan pendapat terhadap BN dan KM Sabah, dan tidak salah juga pemimpin lain menyuarakan pandangan dan pendapat terhadap Chin dan LDP.. so masing2 kena terima..
ReplyDelete