Thursday 5 March 2015

Najib syukur baucar buku beri manfaat kepada pelajar


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam Twitternya bersyukur Baucar Buku 1Malaysia beri manfaat kepada pelajar.



Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak melahirkan rasa syukur kerana pemberian Baucar Buku 1Malaysia dapat memberi manfaat kepada golongan pelajar.


Najib, melalui catatan terbaru dalam laman Twitter beliau, memberi reaksi kepada seorang pelajar perempuan yang memuat naik gambar baucar berkenaan dalam laman Twitternya hari ini.

@ezzwanaezwnd yang memuat naik gambar baucar bernilai RM250 itu kira-kira 10 jam lalu berkata "Terima kasih kerajaan @NajibRazak".


Najib dalam catatan balasnya malam ini turut menasihatkan pelajar berkenaan agar menggunakan pemberian kerajaan itu dengan baik.

"Alhamdulillah dapat bantu. Guna dengan baik. @ezzwanaezwnd belajar di mana?," katanya.


Pemberian Baucar Buku 1Malaysia mula dilaksanakan pada 2012 dengan kadar RM250 bagi setiap seorang pelajar tempatan yang menuntut di institusi pengajian tinggi, program matrikulasi dan pelajar tingkatan enam. – Bernama.

No comments:

Post a Comment