Saturday, 28 March 2015

Jalin Kerjasama Tingkatkan Kecemerlangan Pendidikan, Jamawi



DIHARGAI...Imam Mohd Taslim Tahir yang mewakili Jamawi menerima cendera kenangan dari penganjur selepas merasmikan program tersebut



TENOM: Ibu bapa dan komuniti  setempat disarankan untuk menggembleng tenaga dan pengetahuan selain turut serta dalam aktiviti yang dianjurkan pihak sekolah dalam usaha meningkatkan kecemerlangan murid-murid.


Ketua Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Tenom Jamawi Jaafar berkata, kerjasama yang terjalin antara semua pihak termasuk guru-guru itu turut dilihat sebagai salah satu petunjuk untuk meningkatkan prestasi dan nama sekolah ke tahap yang lebih tinggi.

Menurut beliau, Jalinan itu juga sejajar dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 menerusi sarana ibubapa dan sarana sekolah  iaitu bekerjasama dengan ibu bapa dan komuniti secara meluas.


AMANAT... Penolong Setiausaha Pergerakan Pemuda Umno bahagian Tenom Imam Mohd Taslim Tahir berucap mewakili Jamawi merasmikan program tersebut


"Jalinan kerjasama antara sekolah, ibu bapa, komuniti dan sektor swasta berperanan melahirkan murid-murid cemerlang sekali gus memenuhi keperluan modal insan negara," katanya ketika berucap merasmikan program Mitovasi UPSR Murid bersama Ibubapa  Zon BaSKu di dewan Terbuka Sekolah Kebangsaan Ulu Tomani dekat sini pagi kemarin.

Teks ucapan beliau disampaikan oleh Penolong Setiausaha Pergerakan Pemuda Umno bahagian Tenom Imam Mohd Taslim Tahir

Menurut Jamawi yang juga Ketua Penerangan Pergerakan Pemuda Umno, penglibatan secara aktif dalam program anjuran sekolah juga membolehkan ibu bapa mengetahui sendiri perkembangan anak-anak mereka selain bertanya kepada guru-guru.


SOKONGAN...Antara ibubapa yang hadir ke majlis tersebut

Katanya lagi, program ceramah motivasi amat relevan dengan situasi pelajar pada masa kini yang terdedah dengan pelbagai elemen yang kadangkala boleh melemahkan dan mengurangkan fokus mereka terhadap pelajaran mereka. 

“Banyak contoh dan panduan ke arah kejayaan yang disampaikan mampu meningkatkan semangat pelajar supaya belajar lebih tekun lagi,” katanya. 


KENANGAN... Penolong Setiausaha Pemuda Umno bahagian Tenom Imam Mohd Taslim Tahir merakamkan gambar kenangan bersama guru guru selepas merasmikan program tersebut

Tambah Jamawi selain program seperti itu, pihak pentadbiran sekolah dan para guru perlu  melaksanakan pelbagai inisiatif secara berterusan sepanjang tahun dalam usaha meningkatkan pencapaian prestasi kecemerlangan akademik dan kokurikulum.




No comments:

Post a Comment