Tuesday, 31 March 2015

Karnival Kerjaya Dan Kemahiran Anjuran Pemuda Umno Beaufort Dapat Sambutan


DIHARGAI...Omar menyampaikan sijil penghargaan kepada salah sebuah agensi yang mengambil bahagian dalam pameran sempena karnival tersebut

BEAUFORT: Karnival  Kerjaya dan Kemahiran  dibawah Program Membantu Rakyat (Membara) anjuran Pergerakan Pemuda Umno bahagian Beaufort yang diadakan di Dewan Masyarakat Pa’ Musa kemarin  dilihat dapat memberikan kefahaman kepada para pelajar khususnya lepasan STPM dan SPM menentukan hala tuju pendudukan serta kerjaya mereka pada masa hadapan 


Penyertaan pelbagai Institusi pengajian Tinggi Awam dan Swasta serta agensi kerajaan dalam karnvial yang berlangsung selama sehari ini turut memberikan peluang kepada masyarakat khususnya lepasan sekolah  memperolehi maklumat secara langsung dan terperinci kepada bakal mahasiswa mengenai bidang ditawarkan termasuk mereka yang memilih kursus bidang kemahiran 




LANCAR…Omar mengirigi Kimjus memotong riben sebagai simbol pelancaran Biro Pemidato Umno Bahagian Beaufort sempena karnival tersebut




DAPAT SAMBUTAN...Antara pelajar dan belia yang hadir mendapatkan maklumat dari IPTA dan agensi kerajaan yang menyertai pemeran sempana karnival tersebut




PENGHARGAAN…Omar menyampaikan cendera kenangan kepada Kimjus selepas perasmian majlis tersebut.

Ketua Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Beaufort Omar Shahron Haji Osin berkata matlamat utama carnival tersebut diadakan menjadi pusat maklumat sehenti kepada para pemohon ,ibubapa serta komuniti setempat mengenai peluang pendidikan tinggi dan pembiayaan bagi lepasan SPM dan STPM.


KAUNTER PENDAFTARAN...Omar (tiga dari kiri) bersama ahli jawatankuasa Umno bahagian Pemuda, Wanita dan Puteri di kaunter pendaftaran ahli baru dan daftar pemilih yang turut diadakan sempena program tersebut

“ Pergerakan Pemuda Umno bahagian beaufort berharap program ini menjadi “ Smart Partnership” dan akan kita teruskan supaya ia menjadi satu acara tahunan yang akan dimasukan dalam takwim Pemuda” katanya ketika ditemui selepas majlis perasmian program tersebut.

Program tersebut dirasmikan oleh Ketua Penerangan Umno bahagian Beaufort Datuk Kimjus Duim dan telah dihadiri lebih dari 300 orang  kebanyakan terdiri dari pelajar lepasan SPM dan STPM termasuk ibubapa pelajar.

Dalam pada itu Omar turut menasihatkan  golongan belia dan lepasan sekolah yang keputusan peperiksaan mereka kurang cemerlang  agar memilih bidang kemahiran dimana menurut beliau bidang ini juga menjanjikan masa depan yang baik untuk mereka memilih kerjaya yang sesuai dengan minat dan kelulusan mereka

Katanya, golongan muda yang masih belum bekerja wajar mengambil inisiatif dengan melengkapkan  diri dengan pelbagai kemahiran bagi menghadapi senario  pekerjaan yang semakin mencabar.


LAWATAN..Kimjus diiringi oleh Omar, Ketua Wanita Siti Aminah dan Ketua Puteri ketika melawat gerai-gerai pameran sempena program tersebut

“Banyak institusi seperti IKM ILP, Mara dan lain-lain turut menyediakan kursus kursus kemahiran, justeru peluang ini perlu dimanafaatkan oleh golongan muda “,katanya.

Omar berkata, individu yang memiliki kemahiran-kemahiran tertentu akan mempunyai lebih peluang dalam menggapai kerjaya impian mereka.

Katanya, peluang pekerjaan yang terhidang di negeri ini begitu luas, sei¬ring de-ngan pembangunan ekonomi yang sedang dialami negeri ini.

“Golongan belia harus mengambil peluang ini dengan melengkapkan diri mereka dengan pelbagai kemahiran sebagai suatu nilai tambah bagi membantu mereka beroleh kerjaya impian.” Katanya

Serentak dengan karnival tersebut, Pegerakan Pemuda Umno bahagian Beaufort juga turut  melancarkan Biro Pemidato Umno Bahagian Beaufort dan mengadakan kaunter pendaftaran ahli baru Umno dan Daftar pemilih baru. 








No comments:

Post a Comment