Wednesday, 18 March 2015

JABATAN PERTANIAN DIHARUSKAN MEMBAYAR GAJI PEKERJA IKUT JADUAL, PMS


 Oleh: DARREL MAT SALONG


Gambar RUDY S MAIRI- Presiden PMS


TENOM: Pertubuhan Mamagun Sabah (PMS) merasa terkilan dengan laporan baru baru ini berhubung nasib pekerja sambilan seramai 106 orang di Stesen Pertanian Lagud Seberang kira kira 15 kilometer dari pekan dekat sini yang mendakwa mereka lambat dibayar gaji sehingga menjangkau dua bulan.



Hakikat itu, ramai kakitangan terbabit merasa gusar diatas siatuasi itu jika berterusan kerana bimbang kebajikan keluarga masing masing berada dalam keadaan tidak menentu malah ianya pasti akan terjejas teruk.


Namun begitu, mereka tiada pilihan dan terpaksa merelakan pihak media mendedahkan masalah mereka, kerana jika mereka terus memilih untuk membisu semata mata takut diambil tindakan disiplin oleh majikan mereka tetapi sampai bilakah mereka boleh bertahan untuk menahan karenah birokrasi jabatan itu, kata Presidenya Rudy S Mairi.


Meskipun punca kelewatan pembayaran gaji terhadap 106 pekerja itu telah pun dijelaskan oleh Ketua Penolong Pengarah Stesen itu Salim Tingek sebelum ini namun penjelasan itu tidak cukup meyakinkan mereka (pekerja) bahawa sistem itu akan diperbaiki selepas itu supaya kejadian seumpama tidak akan berulang lagi, tegasnya.


Beliau berkata demikian ketika memberitahu pemberita pada Sabtu sebagai mengulas laporan minggu lalu bahawa seramai 106 orang pekerja sambilan diStesen Lagud Sebrang lewat dibayar gaji dimana kadang kadang ianya menjangkau sehingga dua bulan terutama diperingkat awal tahun.


Seperkara lagi, beliau difahamkan bahawa para pekerja terbabit pada ketika ini kini dibayangi sindrom kebimbangan apabila mendapat maklumat bahawa pihak atasan mereka sedang mencari dan mengenalpasti kakitangan yang mendedahkan masalah tersebut ke dalam akhbar minggu lalu.


Rudy berkata, pihak atasan tersebut seharusnya mengambil langkah langkah yang rasional dan bertimbang rasa serta meletakkan isu itu sebagai keutamaan untuk diselesaikan kerana ianya melibatkan kebajikan para kakitangannya selain membetulkan sistem yang ada boleh dianggap lapok itu perlu diperbetulkan supaya sealiran dengan situasi diabad ke-21 ini.


“Sebagai NGO yang memperjuangkan hak asasi masyarakat orang asal akan senantiasa memantau keadaan sebegini rupa dan akan menghulurkan kerjasama bagi menyelesaikan perkara ini secara rundingan berpaksi kepada matlamat menang menang.


“Kita tidak berhasrat nak jadi juara dalam apa juga bentuk penyelesaian tetapi apa yang lebih penting kebajikan pekerja perlu mendapat perhatian yang sewajarnya kerana mereka juga mempunyai keluarga untuk dijaga,” tegasnya.


Dalam pada itu, beberapa orang daripada pekerja terbabit memberitahu bahawa tindakan mereka bukan didorong oleh mana mana pihak khususnya pembangkang untuk berbuat demikian tetapi ia berkemungkinan maklumat isu itu diberkembang melalui mulut ke mulut dari keluarga mereka kerana simpati dengan masalah yang dialami mereka. 


No comments:

Post a Comment