Supt Mohd zaidi(duduk)merakamkan gambar 101.6gram dadah jenis syabu hasiltangkapan anggotanya
KOTA BELUD: Polis disini, berjaya menangkap pasangan suamiisteri setelah didapati memiliki dadahjenis syabu seberat 101.6 gram.
Ketua Polis Daerah Kota Belud, Supt Mohd Zaidi Bin Abdullah berkata, bertindak atas maklumat, sepasukan anggota bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Kota Belud yang diketuai oleh Asp Naijim Diun telah membuat serbuan dadah di sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Gunding, jam 8.40 pagi, pada Selasa lepas.
Katanya, hasil serbuan di dalam bilik tidur telah menahan dua orang pasangan suami isteri iaitu seorang lelaki berbangsa Bajau, 23 tahun dan seorang perempuan berbangsa Dusun, 20 tahun.
Menurut Zaidi, pemeriksaan di dalam bilik tidur tersebut telah menjumpai 11 pekat plastik lutsinar pelbagai saiz yang disyaki dadah jenis syabu anggaran berat kasar 9.0gram
Pemeriksaan selanjut katanya, telah dijalankan dan telah menjumpai sejumlah enam pekat plasti lutsinar bersaiz sederhana disyaki dadah jenis syabu dianggarkan berat kasar 92.6 gram, dijumpai didalam bonnet kereta yang diletakkan di sebelah rumah saspek.
Zaidi berkata, kedua-dua pasangan suami isteri berkenaan telah ditangkap dan dibawa ke balai polis Kota Belud seterusnya ditahan reman dibawah seksyen 117 KPJ untuk siasatan selanjutnya dan kes itu disiasat dibawah seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan seksyen39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952.
No comments:
Post a Comment