Oleh: Shaimon S Jumadi
Foto: Rahani M J
SANDAKAN : Lawatan amal ke rumah anak-anak Yatim Selawat Nabi Taman Sejati Ujana yang dilaksanakan oleh Ahli Jawatankuasa KRT ApartmenT Indah Jaya bersama Ahli Jawatankuasa Muslimah Masjid Nurusyakirin Taman Indah Jaya yang dilangsungkan pagi semalam betul-betul membawa berkat yang diredhai Allah.
Lawatan seumpama ini harus dilakukan oleh mana-mana badan NGO atau badan-badan pertubuhan tajaan kerajaan kerumah anak-anak yatim untuk meninjau lebih dekat lagi agar setiap masalah yang mereka hadapi dapati di atasi untuk ditangani.
Pengerusi KRT Apartment Indah Jaya Ustazah Sapiah Abdul Rahim memberitahu selain tujuan lawatan amal itu untuk mendekati golongan anak-anak yatim sambil memberikan sedikit bantuan ia juga dapat menggembirakan kepada anak-anak yatim yang tidak punyai ayah dan ibu.
“Kita sebagai manusia yang sempurna tidak meminggirkan golongan ini kerana mereka tidak pernah meminta semua ini, apa boleh buat ini semuanya sudah suratan takdir yang tertulis menimpa kepada anak-anak yatim ini” ujarnya.
Kata Sapiah, lawatan amal ini tidak hanya sampai di sini sebagai pertubuhan tajaan kerajaan khurusnya KRT akan lebih memainkan peranan penting ke arah membuat kerja-kerja amal untuk membantu sedikit sebanyak terhadap golongan yang kurang bernasib baik dalam pelbagai aspek.
No comments:
Post a Comment