Monday, 23 March 2015

Pelajar Perlu Pilih Bidang Pengajian Berdasarkan Pasaran Kerja Terkini



BANTU...Kelihatan Jamawi turut menyampaikan risalah kepada salah seorang pelajar yang hadir ke program tersebut


TENOM: Bidang pengajian yang sesuai harus dititiberatkan oleh pelajar bagi memastikan kursus yang diambil bersesuain dengan pasaran kerja sejurus selepas mereka menamatkan pelajaran.

Ketua Penerangan Pergerakan Pemuda Umno Malaysia Jamawi Jaafar berkata, seiring dengan Wawasan 2020 bagi menjadikan negara sebagai sebuah negara maju dan membangun, ianya memerlukan tenaga mahir dan berilmu pengetahuan sebagai pemain utama mengerakkan kemajuan tersebut.


Justeru katanya, pelajar yang berpeluang melanjutkan pengajian ke Institusi Pengajian Awam dan Swasta perlu memilih bidang bidang yang sesuai bagi mengisi keperluan tenaga kerja berdasarkan pasaran kerja terkini.

“Jika mereka ( pelajar)  berpeluang untuk menyambung pelajaran, maka mereka perlu memilih jurusan-jurusan yang dikehendaki  di pasaran kerja dan janganlah mengambil jurusan tertentu disebabkan dipengaruhi rakan,” katanya  ketika berucap merasmikan  Program Jalan Ke Unversiti anjuran Pergerakan Pemuda Umno dan Jasa di perkarangan Pejabat pergerakan Pemuda Umno Tenom Kelmarin.

Hampir 500 orang pelajar lepasan SPM dan STPM serta ibubapa hadir ke majlis tersebut yang turut dihadiri oleh Pegawai Pelajaran Daerah Tenom Azlan Dimon, Setiausaha Umno bahagian Esar Andamas,Ketua Penerangan Umno bahagian Suraimi Magi dan Pegawai Jasa daerah Tenom.

Menurut Jamawi yang juga Ketua Pergerakan Pemuda Umno bahagian Tenom, kebanyakkan graduan yang menganggur sekarang adalah kerana tersalah pilih jurusan sedangkan ada  industri yang lebih menginginkan pekerja-pekerja yang berkemahiran tinggi.

Jamawi menambah skim latihan kemahiran dan vokasional juga boleh menjamin pekerjaan dan membolehkan seseorang itu memperoleh pendapatan yang tinggi.

"Paling mudah sekali Giat Mara dulu pernah buat latihan kimpalan dan sekarang jurukimpal ada yang bergaji antara RM3,000 hingga RM30,000, mengikut kemahiran.” Katanya.

Sehubungan dengan itu, Jamawi berharap bagi pelajar yang kurang cemerlang dalam akademik mereka masih mempunyai pilihan kedua untuk memasuki pusat pusat latihan kemahiran seperti IKM, ILP, Pusat Latihan Industtri Minyak dan Gas yang yang menyediakan latihan kemahiran  dan mempunyai prospek bagi mendapatkan peluang pekerjaan .

Mengulas program tersebut, Jamawi berkata ianya bertujuan memberi panduan kepada bakal-bakal pelajar mengenai kursus yang mereka ingin sertai. Inilah peluang keemasan kepada pelajar dan ibu bapa untuk mendapatkan maklumat secara terus serta penerangan secara terperinci mengenai tawaran melanjutkan pengajian  di beberapa  buah IPTA atau IPTS termasuk pusat-pusat latihan kemahiran.

Serentak dengan program tersebut, Pergerakan Pemuda Umno juga turut membuka kaunter bagi pendaftaran ahli baru Umno dan juga Daftar Pemilih yang baru iaitu sebahagian pelajar yang mencapai kelayakan umur turut memanafaatkan peluang tersebut untuk mendaftar.


GALERI ACARA:



TERIMA...Jamawi menerima risalah dari salah sebuah institusi pengajian tinggi awam yang menyertai pemeran sempana program tersebut




HADIR...Antara pelajar yang hadir mendengar sesi taklimat dari IPTA yang mengambil bahagian semasa program tersebut




DAFTAR...Kaunter Daftar pemilih dan ahli baru yang disediakan oleh Kaunter Pergerakan Pemuda Umno bahagian Tenom turut mendapat perhatian pelajar yang hadir ke program tersebut




PENDAFTARAN...Jamawi membantu seorang bapa pelajar mendaftar semasa program tersebut




SAMBUTAN...Antara ibubapa dan pelajar yang hadir untuk mendapatkan maklumat dari IPTA dan IPTS yang menyertai pemeran semasa program tersebut





AMANAT...Jamawi ketika berucap di majlis tersebut

No comments:

Post a Comment