Monday 30 March 2015

Kejayaan Cemerlang SMK Takis Papar Boleh Dijadikan Ikon Kepada Sekolah Dan Pelajar Yang Lain, Rosnah


TAHNIAH...Rosnah diiringi oleh Pengetua Cemerlang SMK Takis Tuan Haji Mokhtar Haji Ibrahim ketika menyampaikan anugerah kepada salah seorang pelajar sempena majlis tersebut


PAPAR: Sekolah Menengah Kebangsaan Takis yang memperolehi keputusan 100 peratus lulus peperiksaan STPM tahun  lalu ( 2014)  boleh dijadikan mitovasi serta ransangan  kepada  sekolah lain di  negeri ini, khususnya di daerah Papar  bagi mencapai kecemerlangan dalam bidang pendidikan.

Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Hajah Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata bahawa kejayaan yang diperoleh SMK Takis itu mampu menjadi pendorong kepada sekolah dan pelajar  lain  untuk mencapainya.

  
"Sebagai Ahli Parlimen di kawasan ini, saya mengucapkan tahniah kepada SMK Takis   dan berharap sekolah ini akan menjadi terulung di negeri ini.
   
"Kejayaan  ini mampu memberi keyakinan kepada  SMK Takis untuk terus cemerlang, saya harap guru-guru, pelajar serta ibubapa akan memberi komitmen berterusan untuk pendidikan berkualiti," katanya ketika ditemui selepas merasmikan Majlis Graduasi Pra Unversiti SMK Takis di Beringgis Resort kelmarin.

Hadir sama Pengetua Cemerlang SMK Takis Tuan Haji Mokhtar Haji Ibrahim, guru-guru SMK Takis dan seramai 30 orang pelajar STPM tahun lepas yang diraikan di majlis tersebut.

Pada peperiksaan STPM tahun 2014, SMK Takis Papar  seramai 30 orang calonnya lulus 100 peratus dengan purata pencapaian melebihi GPS 3 ke atas menjadikanya sekolah ditempat pertama terbaik di negeri  ini  bagi ketegori sekolah Bandar;  pencapaian ini menunjukkan peningkatan sebanyak 6 peratus berbanding dengan keputusan STPM tahun 2013 yang hanya memperolehi 94 peratus. 
      
Rosnah yang juga Ahli Parlimen Papar berkata semangat serta komitmen luasbiasa warga pendidik, pelajar dan ibubapa di sekolah ini merupakan rashia kejayaan mereka sehingga terpilih sebagai sekolah terbaik dalam pencapaian STPM tahun lepas.


AMANAT…Rosnah ketika berucap di majlis tersebut

“Saya yakin  murid-murid yang mendapat anugerah pada hari ini merupakan mereka yang rajin berusaha dan konsisten dalam usaha mereka, pelajar lain perlu mencontohi mereka bagi meneruskan kecemerlangan yang diperolehi ini pada masa akan datang” tambah Rosnah.

Terdahulu, ketika berucap di majlis tersebut Rosnah berkata, sasaran membawa negara mencapai standard pendidikan berkualiti  perlu digalas semua pihak.

Katanya, pelbagai program diperkenalkan oleh Kementerian Pelajaran seperti Sarana Ibu Bapa dan Sarana Sekolah sebagai platform meningkatkan peglibatan ibu bapa dengan pembelajaran anak-anak serta menggalakkan penglibatan komuniti dengan sekolah. 

Menurut beliau, usaha menjadikan para pelajar sebagai peneroka ilmu dan bukan sekadar pengikut amat penting bagi mempersiapkan genersi muda dengan keperluan abad ke-21.


DIRAIKAN…Antara guru-guru dan pelajar-pelajar yang diraikan dalam majlis tersebut

“Selama ini kita beranggapan penglibatan ibubapa dengan pembelajaran anak anak mereka di sekolah berlaku secara semula jadi, namun perubahan zaman dan cabaran semasa, usaha bersepadu dan bersungguh-sungguh melalui satu kaedah perlukan dilakukan oleh semua pihak supaya mampu menyumbang kepada kejayaan pelajar”  Jelas Rosnah.


No comments:

Post a Comment