TAHNIAH...Haji Fadli ketika menyampaikan hadiah kepada salah seorang pelajar yang berjaya memanangi salah satu pertandingan yang diadakan sempana program tersebut
KOTA BELUD: Kemudahan Prasarana Klas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) di negeri ini perlu dipertingkatkan selaras dengan komitmen kerajaan untuk mentranformasikan program KAFA dengan meningkatkan mutu pengajaran dan mengayakan teknik pengajaran sesuai dengan tuntutan semasa.
Naib Ketua Pergerakan Pemuda Umno bahagian Kota Belud Haji Fadli Juanas berkata, usaha untuk meningkatkan kemudahan prasarana serta kemudahan asas yang lain amat diperlukan memandangkan masih ada pelajar-pelajar kelas (Kafa) di negeri ini yang terpaksa belajar di bangunan yang serba kekurangan sehingga menjejaskan keselesaan serta tumpuan mereka untuk belajar.
“Jika sebelum ini kerajaan bersetuju untuk menaikkan elaun guru-guru kafa tidak ada sebab kemudahan prasarana sekolah kafa di negeri ini terlepas pandang; masih terdapat pelajar yang terpaksa belajar di bangunan sekolah kafa yang serba kekurangan terutamanya dari segi kemudahan asas” katanya ketika ditemui selepas merasmikan Majlis Iktifal Kafa peringkat daerah Kota Belud di dewan masyarakat Pak Duraman Kampung Kulambai kelmarin.
Menurut Haji Fadli, faktor kekurangan prasarana ini menjadi kekangan utama bagi para pelajar serta guru-guru kafa di negeri ini melaksanakan tugas serta tanggungjawab mereka.
Katanya, peranan Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA) telah memberi kesan positif terhadap pendidikan agama dalam kalangan anak-anak selaras dengan hasrat untuk melahirkan modal insan cemerlang justeru tanggunjawab untuk meningkatkan kemudahan prasarana sekolah kafa juga perlu kita laksanakan.
"Pendidikan agama perlu disemai sejak awal kepada kanak-kanak bagi mengelak mereka terjebak perkara yang boleh merosakkan masa depan mereka dan dalam konteks ini, kafa juga dapat memainkan peranannya.” Katanya
Sehubungan dengan itu Haji Fadli turut melahirkan harapan agar sistem pendidikan KAFA dapat diberi hala tuju baru dari sudut kualiti dan dapat diletakkan pada arus perdana pendidikan negara.
Untuk itu, ujar beliau, segenap pihak yang terlibat dalam program KAFA terus memainkan peranan dan tanggungjawab yang diamanahkan sebaik mungkin supaya pelaksanaan program yang sedia ada ini sentiasa diperbaiki sama ada di peringkat pengurusan sekolah, negeri mahupun persekutuan.
GALERI ACARA:
TINJAU...Haji Fadli ketika meninjau kekurangan kelas kafa di kampung tersebut
SERBA KEKURANGAN...Pelajar Kafa belajar dalam keadaan bilik kelas yang tidak dilengkapi dengan kemudahan yang mencukupi.
BINCANG...Haji Fadli berbincang dengan seorang guru kafa semasa meninjau keadaan kelas kafa di kampung tersebut
No comments:
Post a Comment