IRING...Kelihatan Surinam dan Dato Hajah Melati Ali mengiringi ketibaan Datuk Haji Tawfiq untuk merasmikan program tersebut
KOTA KINABALU: Generasi muda harus mengorak langkah dan berfikiran lebih produktif dalam meneruskan perjuangan mencapai matlamat negara, sekali gus mengekalkan kemerdekaan yang dikecapi selama 57 tahun.
Pengerusi Persatuan bekas Anggota Kemas Malaysia Cawangan Sabah Datuk Surinam Haji Sadikon berkata, generasi Y yang berkualiti merupakan satu jaminan dalam memastikan apa yang dikecapi oleh negara dapat diteruskan.
Menurutnya, generasi Y harus menyemai jati diri yang jitu dan semangat cintakan negara sebagai lambang bermulanya perjuangan dalam mengecapi kemajuan berterusan.
ALUAN...Surinam ketika menyampaikan ucapan alu-aluannya di majlis tersebut
"Keamanan yang kita peroleh sekarang merupakan hasil tumpah darah pejuang yang bersungguh-sungguh memperjuangkan kemerdekaan negara” katanya ketika berucap di Bangkel Gerak Kerja Warisan Generasi Y “ Peneraju Masa Depan Negara” Negeri Sabah anjuran Persatuan Bekas Anggota Kemas (PBAKM) Sabah di salah sebuah Hotel di Putatan petang kelmarin.
Majlis tersebut disempurnakan majlis perasmiannya oleh Menteri Belia dan Sukan Negeri Sabah Datuk YB Datuk Haji Tawfiq Abu Bakar Titingan dan turut dihadiri oleh Presiden (PBAKM) Dato Hajah Melati Ali.
DIHARGAI...Surinam mengiringi Dato hajah Melati menyampaikan cendera kenangan kepada Tawfiq selepas merasmikan program tersebut
Sehubungan dengan itu, Surinam yang juga Ketua Pergerakan Wanita Umno bahagian Sipitang berharap agar Generasi muda masa kini menghargai jasa mereka dengan bersatu mengekalkan kesejahteraan dan perpaduan serta menyemai semangat cintakan negara.
AMANAT...Tawfiq ketika berucap merasmikan program tersebut
Menurut beliau, penganjuran Program tersebut bertujuan untuk melihat corak pemikiran pemimpin masa depan, sejauh mana pandangan mereka serta harapan dan keyakinan generasi kini terhadap hala tuju kepimpinan dalam mengekalkan kemerdekaan, selain memahami erti merdeka itu sendiri.
“Program yang diadakan ini merupakan satu cerminan kepada semangat patriotisme dalam kalangan genersi muda termasuk anak-anak bekas pegawai Kemas dimana program ini adalah agenda penting untuk menterjemahkan erti kemerdekaan dan hala tuju dalam diri generasi kini,” katanya.
Seramai 100 orang peserta terdiri dari kalangan belia termasuk anak-anak bekas pegawai Kemas dari seluruh kawasan Parlimen dan DUN Sabah menyertai bengkel tersebut
PESERTA…Antara peserta terdiri dari golongan belia yang menyertai program tersebut
GENERASI Y... peserta mengambil gambar kenangan bersama Tawiq, Hajah Melati dan Surinam selepas majlis perasmian bengkel tersebut
No comments:
Post a Comment