SEMANGAT...Razak (tengah) menunjukkan isyarat 1 Malaysia bersama belia belia yang menyertai program tersebut
SEMPORNA: Kekuatan legasi untuk meneruskan pembangunan negara pada masa akan datang terletak pada bahu golongan belia sebagai perwaris kepimpinan negara.
Sehubungan dengan itu, golongan ini perlu memiliki semangat patriotik yang tinggi terhadap bangsa agama dan negara sebagai eleman penting untuk memikul tanggungjawab tersebut.
Menjelaskan perkara ini, Setiausaha Politik Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Dato’ Razak Tun Sakaran berkata, kegagalan membentuk golongan belia dengan jatidiri yang kukuh akhlak yang mulia di samping penerapan ilmu pengetahuan akan menjejaskan usaha untuk menjadikan Malaysia sebagai negara maju dan terus membangun.
“Justeru, golongan belia perlu melengkapkan diri dengan segala ilmu pengetahuan, jatidiri serta akhlak yang mulia bagi melayakkan mereka menjadi modal insan yang berkualiti untuk mewarisi kepimpinan negara” katanya pada ucapan Majlis Penutupan Program Kempen Akar Umbi, Kemasyarakatan dan Kesukarelaan Peringkat Daerah Semporna anjuran Kementerian Belia dan Sukan di Arung Hayat Resort Pulau Mabul dekat sini baru-baru ini.
Sehubungan dengan itu, Razak meminta golongan belia agar tidak leka dan lalai dalam arus kemajuan teknologi moden yang pesat berkembang maju sehingga mejejaskan tumpuan mereka terhadap tanggungjawab kepada keluarga masyarakat dan negara.
Katanya, perkembangan globalosasi perlu seimbang dengan nilai-nilai murni dengan pengisian agama dan penghayatan terhadap sejarah perjuangan membebaskan negara dari belenggu penjajahan sehingga mencapai kemerdekaan dalam persekitaran yang aman dan makmur perlu terus dipertahankan.
Beliau juga mengingatkan golongan belia agar berhemah dan berfikir secara bijak ketika melayari media maya terutamanya Halaman Sosial dan tidak mudah terpedaya dengan gerakan ISIS yang menggunakan kemudahan ini (FB) untuk mempengaruhi golongan belia menyertai gerakan mereka yang sia-sia.
Dalam pada itu, Razak yang juga Ketua Penerangan Umno bahagian Semporna turut mengajak golongan belia melibatkan diri dalam program kemasyarakatan seperti gotong-royong dan program-program kebajikan yang lain.
Katanya, penglibatan golongan belia dalam aktiviti kemasyarakatan adalah penting kerana ianya menjadi asas untuk melatih daya kepimpinan selain dapat mengisi masa lapang mereka dari terjebak dengan aktiviti yang tidak sihat.
Mengulas program kemasyarakatan tersebut, Razak juga meminta penduduk di daerah itu agar sama-sama mengutamakan aspek kebersihan persekitaran dan keselamatan tanpa bergantung sepenuh kepada pihak berkuasa.
Katanya, Semporna yang sudah dikenali oleh masyarakat dari dalam dan luar negeri sebagai destinasi pelancongan perlu dipertingkatkan kelastrian landskap dan kebersihan persekitarannya sebagai eleman penting menarik lebih ramai lagi pelancong datang ke daerah tersebut
GALERI ACARA:
MESRA...Razak bersalaman dengan orang ramai sejurus tiba ke majlis tersebut
AKTIVITI....Membersihkan kawasan pantai antara aktiviti yang dijalankan oleh belia pada program tersebut
PESERTA...Peserta terdiri dari golongan belia merakamkan gambar kenangan semasa program tersebut
TAHNIAH...Razak menyampaikan sijil penyertaan kepada salah seorang belia yang menyertai program tersebut
AKAR UMBI...Razak berbual dengan golongan belia semasa majlis tersebut
AMANAT...Razak ketika berucap di majlis tersebut
No comments:
Post a Comment