Monday 30 March 2015

Pemuda Umno Tenom Ziarah Keluarga Kanak Kanak Yang Hilang



ZIARAH SIMPATI...Kelihatan Rusali bersama rombongan Pergerakan Pemuda bersama ibubapa Henderi Andiwang isteri Moira dan Healezry Zeadfly di hadapan rumah keluarga berkenaan semasa kunjungan tersebut


Kisah seorang kanak-kanak Healezry Zeandfly berusaha setahun 11 bulan yang dilaporkan hilang 18 jam yang akhirnya ditemui sehari selepas kejadian oleh pasukan Bomba dan Penyelamat bersama penduduk kampung di Kampung Kuala Tolokoson Kemabong baru-baru ini mendapat perhatian dari Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Tenom.







BANTUAN...Kelihatan Rusali menghulurkan bantuan kewangan dari Pergerakan Pemuda Umno bahagian Tenom kepada ibu kanak-kanak tersebut Moira semasa kunjungan tersebut







PENJELASAN... Rusali bersama rombongan semasa mendengar penjelasan dari ibubapa Healezry Zeandfly semasa kunjungan tersebut


Bagi melahirkan rasa simpati dan sokongan terhadap ibubapa dan keluarga kanak-kanak tersebut, rombongan Pergerakan Pemuda Umno bahagian Tenom yang diketuai Oleh Naib Ketua Pergerakan Pemuda Rusali Andiar yang mewakili Ketua Pemudanya Jamawi Jaafar telah berkunjung ke kediaman keluarga yang terlibat di Kampung Kuala Tolokoson Kemabong kelmarin.

Menurut Rusali kunjungan tersebut selain menzahirkan rasa simpati kepada keluarga yang terlibat, Pergerakan Pemuda Umno bahagian Tenom juga turut menghulurkan bantuan kewangan bagi meringankan beban keluarga tersebut.

Rusali yang ditemui selepas lawatan ini turut mengucapkan terima kasih kepada pihak Bomba dan Penyelamat, Polis serta penduduk setempat yang turut menghulurkan bantuan semasa pencarian kanak-kanak tersebut .

1 comment:

  1. Are you looking to make cash from your websites/blogs with popunder advertisments?
    If so, have you considered using PopCash?

    ReplyDelete