Thursday, 19 May 2011

MELALAP ANTARA RUNTUHAN TAMADDUN



SEMBAH…..Bekas bangunan stesen keretapi ini hanya menunggu saat menyembah bumi Melalap.

Oleh: HJ.WAHAB TIMPAI.

NAMA Melalap adalah sebatang sungai dan nama itu sangat popular sejak pemerintahan penjajah British lagi, iaitu sebelum pembukaan ladang getah, di samping mendirikan sebuah bangunan stesen keretapi sebagai perkhidmatan ulang alik dari Tenom ke Melalap.

Landasan keretapi dibina sepanjang perjalanan dari pada Pekan Tenom, jaraknya kira-kira 10 batu ke Melalap dan menjadi perhubungan utama penduduk kampung, khususnya pekerja dalam estate dan pengangkutan utama getah estate ketika itu.

Dalam pada itu, terwujudlah perkhidmatan keretapi dua kali sehari, pagi dan petang berulang alik antara Pekan Tenom dan Melalap Estate, dengan membawa gerabak penumpang dan barang.

Para pekerja di Estate Melalap pada ketika itu terdiri daripada pelbagai suku kaum, seperti Murut Timugon, Murut daripada Pensiangan dan terdapat juga dari suku Jawa untuk menoreh getah.

Setiap dua minggu, pihak pengurusan Estate Melalap memberi cuti sehari kerana semua pekerjanya diberi pinjaman dan ketika itu ramai peniaga dari pekan datang ke situ membawa jualan runcit mereka, menjadikan Melalap ramai pengunjungnya.

Selain daripada itu, masyarakat Murut Timugon di Tenom berkumpul di Melalap untuk membuat perayaan pada ketika itu dipanggil Pesta Menuai; sekitar Mei setiap tahun, yang kini diubah kepada Pesta Kaamatan.

Segala pengurusan itu diketuai oleh seorang pemimpin Murut Timugon yang digeruni, Mendiang Datuk OKK. Sanggau Jalang @ NC Sanggau jalang.

UZUR….Wajah sederet kedai semakin muram dan tidak lagi bercahaya, malah semakin uzur kerana tiada yang mempedulikannya.

Bagaimanapun, wajah Melalap berubah merudum setelah jalan raya dari Keningau ke Tenom terbina siap sepenuhnya tahun 60-an dan pihak pengurusan Estate menggunakan lori sebagai perkhidmatan utamanya mengangkut getah ke Pekan Tenom, setelah keretapi antara Tenom Melalap tidak lagi beroperasi.

Justeru itu, bangunan stesen keretapi di Melalap, peninggalan British tidak lagi dipelihara dan akhirnya rosak teruk dan hanya menunggu saat menyembah bumi.

Walhal, kalau bangunan itu dipelihara dengan sebaik mungkin, sudah pasti menjadi tarikan kepada pelancong, khususnya dari luar Negara; apa lagi kalau pihak Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung(JKKK) di kampung itu meminta kerja sama dari pihak Jabatan Perkhidmatan keretapi meletakkan kepala dan gerabak keretapi di situ untuk dipertontonkan kepada generasi muda, sebagai satu sejarah bahawa Melalap mempunyai perkhidmatan keretapi pada era pemerintahan British.

Di persekitaran bangunan bekas stesen keretapi pada ketika itu juga terdapat banyak rumah pekerja, termasuk pejabat Estate Melalap dan sederet kedai tiga pintu dan semua rumah pekerja itu tidak lagi kelihatan, terkecuali bangunan kedai serta bekas Stesen keretapi.

Estate Melalap kini diambil alih oleh sebuah syarikat gergasi dari Semenanjung Malaysia iaitu Sime Darby yang sudah pasti berkemampuan memulihkan wajah Melalap seperti yang berlaku era British dahulu.

Namun mungkin sedikit kesulitan Sime Darby berbuat demikian kerana Melalap yang pernah diwakili Datuk kadoh Agundong selama sembilan tahun semasa era kerajaan Parti Bersatu Sabah (PBS) dan kini wakil rakyatnya ialah Datuk Radin Malleh, agak terketinggalan dari segi prasarana.

DEWAN…..Bangunan Dewan Datuk OKK. Sanggau Jalang, gambar bekas landasan keretapi, manakala di kiri kanannya kelapa sawit.

Justeru itu, tanggungjawab memajukan Melalap untuk dinaiktaraf sebagai sebuah daerah Kecil adalah Wakil Rakyat dan Sime Darby hanya mengeluarkan tapak itu daripada miliknya.

Dalam pada itu, ketika zaman jagaan Datuk Kadoh Agundong, beliau bersempatan membina sebuah Mini Dewan Serbaguna yang dinama Dewan Datuk Sanggau jalang.

Kadoh Agundong juga mencipta sejarah di kawasan Melalap di atas kejayaan beliau membina dan memartabatkan imej Murut iaitu ‘Pusat Kebudayaan Murut’ di Pulong, Melalap yang digunakan setiap tahun untuk sambutan Perayaan Kalimaran.

Kadoh Agundong tewas dalam pilihan raya atas tiket Barisan Nasional kepada Datuk Radin Malleh yang menggunakan lambang Parti Bersatu Sabah ketika itu dan kini Radin menjadi Wakil Rakyat di kawasan Melalap.

Sudah semestinya, Radin Malleh mengharapkan agar kerajaan negeri Sabah sekarang yang diketuai oleh Datuk Musa Aman untuk menjadikan mimpi rakyat Melalap dan Entabuan untuk mengecap pembangunan sebagai realiti yang pasti.

Persoalan di kepala rakyat sekarang ini, persekitaran bekas stesen keretapi di Melalap ini sudah banyak kali ditinjau oleh beberapa orang pemimpin politik yang memberi komitmen yang tinggi berulang-ulang bercakap bahawa Melalap menjadi Pekan kecil, tetapi bila?

17 comments:

  1. Harap wakil rakyat di kawasan-kawasan ini akan berusaha lagi membagunkan kawasan masing-masing.

    ReplyDelete
  2. harap2 isu melalap ni diberi perhatian daripada kerajaan. MP yang bertugas di kawasan melalap harus tahu apa yang perlu dibuat.

    ReplyDelete
  3. kawasan Melalap tak harus dibiarkan, ia harys dibangunkan.

    ReplyDelete
  4. bangunan stesen keretapi era pemerintahan British ini perlu dipelihara kerana ia adalah satu peninggalan sejarah.

    ReplyDelete
  5. wakil rakyat sepatutnya bertindak memperjuangkan Melalap supaya menjadi satu Daerah Kecil.

    ReplyDelete
  6. Rakyat sepatutnya memainkan peranan mereka. Apa yang kurang kemukakan sahaja. Sudah pasti akan ditunaikan.

    ReplyDelete
  7. Mana2 pihak yang betanggungjawab harus bertanggungjawab menyelesaikan masalah ini.

    ReplyDelete
  8. Walaupun Melalap daerah kecil perlu diambil perhatian juga dari segi pembangunan.

    ReplyDelete
  9. saya setuju sangat hanroizin tu.... walaupun melalap tu kecil patut di beri perhatian... cuma orang-orang tertentu saja dapat menilai betapa uzurnya stesen keretapi dan kedai melalap tu.. mana perginya pemimpin-pemimpin yang bertanggungjawab... jangan tunggu pilihanraya baru nak buat perubahan.... masa sekaranglah nak tunjukkan kepada orang-orang kampung yang kita boleh memimpin sesuatu kawasan... baru orang akan respek kita.

    ReplyDelete
  10. sedih saya melihat melalap jadi macam ni... saya rasa terkilan apabila melihat gambar tempat saya dibesarkan sudah bertukar wajah.. kalau dulu melalap ni... jadi tumpuan orang ramai apabila semua kaum berkumpul di Melalap untuk membuat perayaan pada ketika itu dipanggil Pesta Menuai; sekitar Mei setiap tahun, yang kini diubah kepada Pesta Kaamatan... sekarang ni jauh berbeza...

    ReplyDelete
  11. Hal ini patut diberi perhaian. Rasanya pasti ramai pihak yang kecewa dengan keadaan ini.

    ReplyDelete
  12. Justeru para pemimpin atau wakil rakyat di kawasan ini harus lebih berusaha lagi untuk membuat perubahan yang membanggakan.

    ReplyDelete
  13. harap kawasan tersebut akan dibagunkan agar menjadi meriah seperti dulu.

    ReplyDelete
  14. jika dijaga dengan sebaiknya, bangunan stesen kereta api tersebut boleh dijadikan sebagai tarikan pelancong kerana ianya juga boleh dijadikan sebagai warisan sejarah.

    ReplyDelete
  15. melalap dilihat dipinggirkan, walaupun melalap dkira kawasan pedalalam, namun ia tak harus dipinggirkan. ia juga perlu mengecapi pembangunan.

    ReplyDelete
  16. mungkin pada masa itu mereka tidak terfikirpun apa yang ada di Melalap pada waktu itu mempunyai nilai sejarahnya yang tersendiri jika dijaga dengan baik..

    ReplyDelete
  17. Isnin lepas sy tgk ada pihak kasi bersih kawasan keretapi lama tu. Xdpt snap pic sbb sy x bawa hp. Nostalgia btl tu tmpt. Klu d bgn kan, alangkah bgsnya.

    ReplyDelete