Thursday, 19 May 2011

PENDIDIKAN PACU NEGARA BERPENDAPATAN TINGGI



PENGHARGAAN…Jamawi menerima cendera kenangan dari penganjur selepas merasmikan program tersebut.

Oleh: JAAFAR ABDUL WAHID

SEKTOR pendidikan tetap menjadi perhatian utama Pergerakan Pemuda Umno bahagian Tenom dalam usahanya membantu kerajaan ke arah melahirkan modal insan seimbang dari segi jasmani dan rohani demi pembangunan mapan yang berterusan.

Menurut Ketua Pergerakan Pemuda Umno Tenom, Jamawi Jaafar, kerajaan akan terus menyediakan kemudahan pendidikan sejak dari peringkat awal bagi memacu ke arah negara berpendapatan tinggi, pembangunan holistik serta mengutamakan kesejahteraan rakyat dan memerlukan sokongan semua pihak tanpa bergantung sepenuhnya kepada pihak sekolah mahupun guru-guru sahaja

“Sesungguhnya, kejayaan negara banyak bergantung kepada generasi muda yang berilmu serta berkemahiran tinggi. Justeru itu, kita perlu meletakkan sektor pendidikan ini sebagai keutamaan bagi menjana proses tranformasi pembangunan negara,” katanya ketika berucap merasmikan Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang 2010, peringkat daerah Tenom dan Program Anak Angkat Pergerakan Pemuda Umno Tenom.

Menurut Jamawi yang juga Exco Pergerakan Pemuda Umno Malaysia, Pergerakan Pemuda Umno Tenom komited dan serius untuk melakukan proses transformasi pendidikan di daerah itu dengan menganjurkan anugerah pelajar cemerlang; di samping mewujudkan program anak angkat bagi pelajar yang berpotensi, namun kurang berkemampuan bagi membolehkan mereka meneruskan pembelajaran dan mencapai tahap kecermalangan dalam bidang pendidikan.

Katanya, Pergerakan Pemuda Umno Tenom sememangnya sangat menyokong aktiviti dalam bidang pendidikan terutamanya dalam usaha membantu meningkatkan prestasi akademik pelajar, khususnya di kawasan luar bandar.

TELITI …Jamawi (tengah) ketika meneliti keputusan peperiksaan tahun lepas bagi pelajar yang bakal menerima anugerah mereka di majlis tersebut

“Kita yakin sekiranya semua pihak termasuk ibubapa memberikan sokongan padu dalam usaha memartabatkan mutu pendidikan di negara ini, kemudahan yang disediakan oleh kerajaan di samping komitmen guru-guru yang mengajar akan berbaloi dalam usaha kita melahirkan modal insan yang cemerlang,” katanya

Di majlis tersebut, seramai 23 orang pelajar cemerlang dalam peperiksaan PMR, SPM dan STPM tahun 2010; terdiri daripada 5 buah sekolah iaitu SMK St. Anthony, SMK Mantailang, SM Chung Hwa, SMK Kemabong, SMK Entabua; menerima anugerah masing-masing sementara seramai 30 orang pelajar turut dijadikan anak angkat Pergerakan Pemuda Umno Tenom.

Mereka menerima bantuan kewangan bagi membiayai pembelian buku dan peralatan sekolah yang lain bagi membantu mengurankan beban ibu bapa mereka di samping memberikan galakan untuk mereka terus cemerlang dalam pembelajaran

14 comments:

  1. Pendidikan sememangnya penting untuk menghasilkan masyarakat yang berdaya maju dan berkemampuan. Inilah faktor ke arah negara yang berpendapatan tinggi.

    ReplyDelete
  2. Harap kerajaan dan menteri pendidikan akan berusaha meningkatkan kualiti sistem pendidikan dan menggalakkan semua anak-anak yang cukup umur untuk bersekolah serta memberi bantuan kepada mereka yang tidak berkemampuan untuk melanjutkan pelajaran.

    ReplyDelete
  3. Pendidikan adalah harta yang paling bernilai yang diberikan kepada anak2.

    ReplyDelete
  4. pendidikan amat penting, manusia berpendidikan akan mejadi manusia yang berguna.

    ReplyDelete
  5. pendidikan adalah asas kepada kemajuan yang dicapai oleh sesebuah negara. jadi, rakyat perlu diberi kesedaran tentang kepentingan pendidikan agar mereka tidak leka.

    ReplyDelete
  6. oleh itu, kerajaan perlu memberikan perhatian kepada aspek pendidikan rakyat dan sediakan infrastruktur yang lengkap agar rakyat dapat menimba ilmu dengan baik dan selesa.

    ReplyDelete
  7. Pendidikan semangnya sangat2 bernilai kepada negara. Apa yang saya lihat telah banyak yang dilakukan agar pendidikan di negara kita terus meningkat dan membuahkan hasil kepada negara.

    ReplyDelete
  8. Bukan hanya kerajaan sahaja yang harus bekerja keras tetapi juga masyrakat setempat juga perlu memainkan peranan yang penting. Jangan letakkan beban ini kepada kerajaan sahaja kerana ini adalah tanggungjawab bersama.

    ReplyDelete
  9. Pendidikan memang penting untuk negara. Tidak mustahil kerana kurang pendidikan sebuah negara itu mundur.

    ReplyDelete
  10. Sangat setuju dengan komen Smookiekins. Pendidikan memang harta yang bernilai kerana ia mampu mengubah corak kehidupan individu ke arah yang lebih baik.

    ReplyDelete
  11. Kerajaan dan masyarakat harus bekerjasama bagi memnastikan pendidikan di negara kita mencapai tahap yang membanggakan.

    ReplyDelete
  12. pendidikan sememangnya amat penting bagi melahirkan generasi yang berilmu dan berkemahiran tinggi.

    ReplyDelete
  13. pendidikan adalah kunci utama untuk kita menjadi masyarkat yang maju dan bertamadun.

    ReplyDelete
  14. tidak ada maknanya jika hanya sekadar menyedari bahawa pendidikan itu penting untuk negara sedangkan kemudahan dan prasarana sekolah di negeri ini terus diabaikan.. masih banyak sekolah2 di negeri ini terutamanya di kawasan2 pedalaman yang boleh dikategorikan sebagai serba kekurang.

    ReplyDelete