Wednesday 1 September 2010

SAMBUT MERDEKA DALAM KEGELAPAN?



Saudara Pengarang,

SEBAGAI pengguna, saya berasa amat kecewa dengan perkhidmatan buruk SESB kerana bekalan elektrik yang sering terputus dan kejadian terkini pada malam kemerdekaan, sekitar jam 9.30 malam sehingga jam 1 pagi, 31 Ogos 2010 sehingga sambutan kemerdekaan tidak langsung memberi makna.

Sebagai pengguna, saya boleh bersabar seandainya bekalan terputus ini adalah yang pertama kali, tetapi ia sering berlaku dan hari ini, 01 September 2010 kira-kira jam 9.30 pagi tadi, elektrik kembali terputus.

Senario ini sangat-sangatlah merimaskan bagi orang dewasa kanak-kanak, apatah lagi bagi umat Islam yang mengerjakan ibadah puasa. Saya menghantar email ini untuk meminta penjelasan dari pihak SESB apakah punca bekalan sering terputus dan apa tindakan yg telah dibuat untuk mengatasi masalah tersebut.

Sekian, Salam Hormat,

FARIZAN

yanaleesya79@yahoo.com

No comments:

Post a Comment