Saturday 18 September 2010

SESB JAWAB ‘BILA SANDIWARA BERHENTI’




Oleh: KREW SABAHKINI.NET

EKORAN rencana bertajuk ‘Bila Sandiwara SESB Akan Berhenti’ yang disiarkan Sabahkini.net pada 14 September 2010, Sabah Electricity Sdn.Bhd memberikan respon melalui surat yang ditujukan kepada Editor Sabahkini.net.

Dalam surat bil SESBCCD bertarikh 17 September 2010, Pengurus Besar (Penghantaran), Yap Kon Lan memaklumkan bahawa melalui siasatan terperinci mereka, Taman Grandview telah terlibat dengan kerja-kerja penutupan sementara bagi menggantikan High Tension (HT) fius dan bekalan telah dipulihkan pada hari yang sama.

Walau bagaimanapun kata Yap, tiada sebarang laporan gangguan bekalan yang diterima oleh SESB bagi kawasan Batu 6 dan Batu 4 Sandakan pada 10 hingga 12 September 2010 seperti yang dilaporkan pengadu.


No comments:

Post a Comment