Sunday 26 September 2010

‘COUP DE-TAAT’ PKR SEMPORNA



Oleh: KREW SABAHKINI.NET

PEMILIHAN Ketua Cabang PKR Semporna yang menyaksikan Perlawanan di antara penyandangnya, Hj. Abdul Wahab bin Datuk Pg.Abdullah dan Kumpulan Perubahan ke arah Perpaduan Anak-Anak Semporna PPS telah tergendala, tercemar dan memalukan seluruh warga PKR di negara ini.

Kerjasama kumpulan Perpaduan dan Perubahan PPS yang mendapat sokongan kuat dari ahli-ahli PKR Cabang Semporna sebagai Wadah Perjuangan Anak-Anak Semporna bagi menghadapi konflik politik Kronisme, Nipotisme dan Dinasti TERHENTI dengan serta merta, disebabkan rampasan kuasa terhadap Bangunan Pejabat PKR secara tidak beretika pada jam 6.30 pagi 26 september 2010.

Peristiwa ini akan dikenang untuk selama-lamanya oleh Anak-Anak Semporna sebagai kenangan abadi terhadap ‘Stail’ kepimpinan yang diperlihatkan.

Kronologi Pemilihan Pkr Semporna 25 -26 September 2010

Semua jawatan di peringkat cabang PKR Semporna telah dicabar dari penyandang-penyandang jawatan masing-masing oleh kumpulan Perubahan dan Perpaduan PPS.

Pemilihan berjalan lancar dari jam 10.00 pagi sehingga jam 9.30 malam 25 September 2010 tanpa apa-apa kekecohan di kalangan calon dan pihak Urusetia Pemilihan yang dihantar daripada PKR Pusat dan dipilih untuk menjadi penyelaras Pemilihan parti berkenaan.

Pada Jam 10.00 malam -10.30 malam : -

Pengiraan kertas undi dimulakan oleh Urusetia Pemilihan dan telah diterima oleh semua calon tanpa bantahan serta menjadi kertas sah oleh semua pihak boleh diterima pakai.

Bagi melincinkan pengiraan maka satu kaedah dimaklumkan bahawa pengiraan undi akan dibuat secara berperingkat dengan cara berikut;

a). Pengiraan Undi Peringkat Pemuda

b). Pengiraan Undi Peringkat Wanita

c). Pengiraan Undi Peringkat Cabang

Jam 10.30 malam - 1.00 pagi : -

Pengiraan kertas AMK PKR Cabang Semporna dilakukan dan keputusan telah ketahui, Penyandangnya, Ramzan Abdul Wahab mendapat 34 undi sahaja dan telah kalah ditangan Jikiri Osman (PPS) yang memperoleh 45 undi pada jam 1.00 pagi 26 September 2010. Undi rosak 4.

Jam 1.30 pagi - 6.30 pagi : -

Pengiraan Kertas Undi WANITA PKR Cabang Semporna dilakukan dan keputusan telah diketahui. Penyandangnya Salina Mudjaharan hanya mendapat 57 Undi dan telah ditewaskan oleh Puan Aloha Abdul Ghafar yang mendapat 291 Undi dan diumumklan sebagai Ketua Wanita PKR Cabang Semporna yang baru pada jam 6.00 pagi 26 September 2010. Seorang lagi calon, Jaldia mendapat 34 Undi dan Undi rosak 12.

Jam 6.55 pagi - 7.00 pagi :

Sepatutnya Pengiraan kertas Undi PKR Cabang Semporna yang terdiri dari Ajk Cabang, Naib Cabang, Timbalan Ketua Cabang dan Ketua Cabang dilaksanakan oleh Urusetia Pemilihan untuk menyelesaikan kerja-kerja mereka bagi mengetahui undi masing masing.

Peristiwa ‘COUP DE- TAAT’

Pada jam 6.55 pagi, Ketua PKR Cabang Haji Abdul Wahab bin Pg.Abdullah datang ke Pejabat PKR Cabang Semporna dan mengarahkan supaya pejabat PKR DIKOSONGKAN kerana bangunan itu adalah milik peribadi beliau dan seterusnya memadam semua bekalan eletrik serta mengunci pejabat PKR dari luar tanpa memberi peluang kepada pihak pengurusan mengambil barang-barang mereka serta menahan semua kertas UNDI Pemilihan di dalam pejabat berkenaan tanpa dikira bersama-sama dua buah telefon bimbit milik wakil pemilihan yang telah dilantik oleh PKR Pusat.

Arahan yang berbentuk ancaman juga telah dilakukan kepada para perwakilan dan wakil Pemilihan dari Pusat, supaya keluar dari pejabat itu jika tidak, Ketua Cabang berkenaan akan memanggil polis.

Beliau juga mencabar para perwakilan, “Jika berani pukullah, saya tidak takut, ini bangunan harta peribadi saya.”

Kemudian Abdul Wahab meninggalkan pejabat yang telah dikunci dan difahamkan beliau ke Balai Polis untuk membuat laporan.

Sementara para ahli PKR Cabang Semporna yang berada di tempat kejadian terkilan oleh tindakan yang anggap ‘MERAMPAS KUASA’ atau ‘Coupe de-taat’ itu tanpa boleh berbuat apa-apa dan akur dengan arahan berkenaan.

Urusetia Pemilihan yang menjadi penyelaras Pemilihan PKR Cabang Semporna menerima arahan dari pusat supaya balik ke Kota Kinabalu dan seterusnya ke Kuala Lumpur dengan serta merta dan meninggalkan perihal PKR Cabang Semporna dalam keadaan tanda tanya?.

Pengiraan Kertas Undi Terhenti.

Sehingga laporan ini dibuat jam 6.00 petang 26 September 2010, PKR Cabang Semporna masih bermesyuarat dari segi teknikalnya kerana tiada penangguhan, sementara Kertas-Kertas UNDI AJK, Naib Ketua Cabang, Timbalan Ketua Cabang dan Ketua Cabang PKR Semporna masih terkunci dalam Bangunan Pejabat PKR Semporna tanpa dikira.

Tindakan Tidak Beretika dan Rampasan Hak Ahli PKR Cabang

Dari segi Teknikal PKR Semporna masih bermesyuarat hingga sekarang jam 6.00 petang ini dan belum ditangguhkan sehingga satu keputusan dimaklumkan oleh Urusetia Pemilihan PKR Semporna dengan ketiadaan kepimpinan PKR Cabang Semporna hingga sekarang.

Dakwaaan pemilik bangunan bahawa beliau berhak untuk menghalau para perwakilan adalah menyalahi ertika pentadbiran Parti, kerana tempat dan pejabat persidangan itu telah gunakan oleh Parti dengan rasmi untuk menjalankan tugas hal persidangannya sehingga selesai. Jesteru itu hak yang ada sepatutnya tidak disalahgunakan oleh pemilik bangunan terhadap tindakan yang berlaku pada hari ini.

Surat pemberitahuan persidangan bertarikh 14 Ogos 2010 yang menghendaki para ahli dan perwakilan menghadiri mesyuarat agung tahunan seperti mana yang tetapkan oleh Parti PKR Cabang Semporna untuk hadir di alamat : Pejabat Cabang Semporna, Tingkat Bawah, Lot 2, Block C, Jalan Hospital, Semporna, Sabah.

Dalam surat persidangan, para ahli dan perwakilan perlu menghabiskan tatacara Perkara 3 (A) 1- 13 Agenda mesyuarat PKR Cabang Semporna, Tindakan menghalau adalah perkara tidak beretika kerana mesyuarat Agung masih berjalan sehingga Agenda 3(A) 8 dan perlu menghabiskan Agenda 3(A) 9,10,11,12 dan 13.

Peristiwa seperti ini tidak sepatutnya berlaku kepada PKR Cabang Semporna, PKR Cabang Semporna telah ditubuhkan sejak 10 tahun lalu sepatutnya telah matang dan mempunyai halatuju yang jelas untuk perjuangan rakyat.

Kumpulan PPS Perpaduan dan Perubahan yang telah mengadakan perjumpaan sebulan lalu 26 Ogos 2010 telah sepakat untuk menyertai pertandingan pemilihan Cabang PKR yang diadakan 2010.

Walaupun berbagai rintangan dihadapi untuk membawa perubahan dalam PKR Semporna pihak PPS telah berusaha untuk menyatukan semua kumpulan supaya bersatu memilih kepimpinan baru bagi PKR Cabang Semporna.

Dengan kejayaan Kumpulan Perubahan dapat mengalahkan Penyandang PKR Cabang Semporna yang telah diumumkan lebih awal terhadap PEMUDA dan WANITAnya maka mungkin perkara ini salah satu penyebab tindakan dibuat oleh Penyandang dan Ketua PKR Cabang Semporna.

No comments:

Post a Comment