Saturday 18 September 2010

GENERASI MUDA HARUS TAHU SEJARAH MALAYSIA



JUARA….Juara Piala Merdeka kategori lelaki (Ranggom FC) bersama dengan Joseph Kurup dan Justinus (penaja pertandingan).

Oleh: ROZIE JUMAT

GENERASI muda harus memahami dengan jelas terhadap apa yang mendorong kepada pembentukan Malaysia 47 tahun yang lalu. Sabah telah menyertai pembentukan Malaysia itu dan buat pertama kalinya meraikan sambutan Hari Malaysia pada 16 September dan diistiharkan sebagai kelepasan am.

Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Tan Sri Joseph Kurup berkata, rakyat pedalaman semasa pembentukan sebuah Negara bernama Malaysia kurang memahami dan ragu-ragu mengenai gabungan itu. Namun akhirnya dengan penjelasan serta jaminan yang diberikan, Sabah telah menyertai gabungan untuk membentuk Negara Malaysia.

Kurup yang juga Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) berkata demikian ketika merasmi tutup pertandingan bola sepak 9 sebelah peringkat Mukim Apin Apin Piala Merdeka sempena Hari Malaysia anjuran PBRS Cawangan Kg.Ranggom dan PBRS Cawangan Kepayan Lama yang ditaja oleh seorang aktivis masyarakat yang juga seorang peguam, Justinus Baharum.

“Para pemimpin kita mengambil masa setahun untuk memberi penjelasan mengenai pembentukan itu dan akhirnya rakyat bersetuju dan inilah hasilnya sekarang kita menikmati kebebasan dan hak-hak kita dilindungi oleh kerajaan Negeri dan Persekutuan,” kata Kurup yang juga Ahli Parlimen Pensiangan.

Mengenai pertandingan itu Kurup berkata, belia tidak harus cepat berputus asa kerana kehidupan adalah seperti permainan bola yang ada pasang surut atau kekalahan dan kemenangan.

Sementara itu penaja pertandingan itu, Justinus Baharum berkata, generasi masakini amat bertuah kerana dengan kemerdekaan, setiap orang boleh mencapai impian dan mengejar cita-cita mereka asalkan mereka rajin berusaha.

Keputusan pertandingan itu kategoti lelaki dijuarai oleh Ranggom FC; Naib Juara NUFA FC; Ketiga Bambu Kuning FC dan Keempat Lisdan FC B. Sementara dalam kategori wanita, Juara dibolot NUFA FC; Kedua Puteri Ranggom; Ketiga Kikiran dan Keempat Ranggom veteran. Hadiah-hadiah berupa piala rebutan, wang tunai dan medal.

No comments:

Post a Comment