Monday 20 September 2010

HALIK ZAMAN KETUA CABANG PKR TENOM



Oleh: KREW SABAHKINI.NET

SETELAH meletakkan jawatan sebagai Ketua Cabang PKR Sepanggar, Halik Zaman bagikan sirih pulang ke gagang setelah dipilih sebagai Ketua Cabang PKR Tenom secara muktamad setelah pengiraan semula undi di Ibu Pejabat PKR Kota Kinabalu pagi tadi setelah tergendala semalam akibat kekecohan di Tenom.

Halik yang bersara daripada politik terpaksa kembali aktif setelah anak didiknya, Gunsibin digantung keahlian selama setahun bersama Geng 12 kerana terlibat dengan penubuhan Parti Cinta Sabah (PCS) dan turut menjadi AJK Penaja parti tersebut.

Proses pengundian dimulakan dengan lancar pada jam 10.00 pagi kelmarin namun suasana bertukar kecoh sebaik sahaja keputusan tidak rasmi diketahui calon yang bertanding sehingga berlaku kekacauan apabila ada orang ‘menaja’ bukan anggota parti untuk mabuk dan seterusnya membuat kekecohan semasa proses pengiraan undi.

Difahamkan juga mereka ini ditaja oleh orang yang kecewa dengan keputusan undi yang dibuat oleh anggota-anggota parti sehinggakan ada di antara mereka yang melemparkan tuduhan liar dan mengugut pengawas pemilihan dan menyebabkan proses pengundian tergendala dan terhenti.

Suasana agak tegang dan akhirnya, Setiausaha Penyelaras Mesyuarat, Radin memutuskan proses pengiraan undi dihentikan dan semua kotak-kotak undi dibawa pulang ke Ibu Pejabat Kota Kinabalu untuk proses pegiraan undi.

Dengan kerjasama Polis Tenom serta beberapa anggota Cabang Tenom mengiringi pasukan Pengawas Pemilihan pulang ke Kota Kinabalu pada malam itu juga.

Hari ini, 20 September 2010, bertempat di Ibu Pejabat PKR Kota Kinabalu, pada jam 9.00 pagi, proses pengiraan undi diteruskan semula dengan di pengerusikan oleh Datuk Kong Hong Ming serta barisan kepimpinan tertinggi PKR Sabah.

Maka setelah dikira dengan sebaiknya oleh Datuk Kong Hong Ming dan pasukannya, maka keputusan masih berpihak kepada barisan line-up Halik Zaman.

Maka secara rasminya, Halik Zaman di umumkan sebagai Ketua Cabang PKR P.181 Tenom.

Berikut adalah keputusan rasmi Pemilihan 2010 PKR Cabang Tenom :

Ketua Cabang

a) Halik Zaman - 275 undi
b) Peter Lonok - 182 undi

Timbalan Ketua Cabang

a) Adris Taripin - 118 undi
b) Danil Kalingang - 102 undi
c) Lampag Kurias - 219 undi

Naib Ketua Cabang

a) Antutus Ansu - 121 undi
b) Miling Oyot - 84 undi
c) Sani Kuak - 236 undi

Ketua AMK Cabang

a) Jamain Kalasang - 152 undi
b) Jamain Kalingan - 66 undi

Timbalan Ketua AMK Cabang

a) Honey Ambalau - 188 undi
b) Junaidi Japirin - 27 undi

Naib Ketua AMK Cabang - Azami Sun (menang tanpa bertanding)

AJK AMK Cabang – menang tanpa bertanding

Ketua Wanita

a) Artinah Anok - 176 undi
b) Alau Imam - 32 undi
c) Ritah Bainon - 31 undi

Timbalan, Naib Ketua dan AJK Wanita Cabang – menang tanpa bertanding.

No comments:

Post a Comment