Thursday, 23 September 2010

LORI JEJAS BEKALAN ELEKTRIK DI KOLOMBONG




Oleh: CHENDRAMATA HJ SINTEH

KEJADIAN sebuah lori melanggar tiang 11 kV (kiloVolt) SESB di SEDCO Industries, Kolombong malam kelmarin (22 September 2010) telah menyebabkan hampir 2,000 pengguna di kawasan Kolombong, Inanam mengalami gangguan bekalan elektrik.

Kejadian yang berlaku pada jam 7.25 malam ini juga telah menyebabkan tiga (3) tiang SESB condong dan ‘guard wire’ putus.

Antara kawasan yang terlibat adalah kawasan Taman BDC, Kolombong, Taman Desa Cargill dan juga kawasan sekitarnya.

Bekalan telah berjaya dipulihkan secara berperingkat-peringkat bermula pada jam 8.25 malam pada hari yang sama.

No comments:

Post a Comment