Tuesday 28 September 2010

PANTAI TIMUR SABAH DIKUASAI PATI DAN PADI?



Saudara Pengarang,

SAYA sangat bersetuju dengan pendedahan berhubung warga asing yang mendapat kerakyatan secara tidak sah dan sangat gembira kerana ada anak Sabah yang berani membuat pendedahan ini demi masa depan anak cucu cicit kita.

Tidak tahu di mana silapnya Kerajaan Malaysia kerana semua akui bahawa daerah Tawau, Semporna, Kunak, Lahad Datu, Tungku dan Sandakan seolah-olah telah di kuasai oleh Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) dan Pendatang Asing Dengan Izin (PADI) ini.

Senario ini boleh disifatkan seperti penyakit kanser yang pada mulanya patut ditangani lebih awal sebelum merebak. Kita boleh lihat sendiri dari pasar ikan, pasar sayur, pengusaha bas dan pengusaha teksi majoriti dikuasai oleh orang yang memiliki KPT yang tidak pasti asal usulnya.

Kini Persatuan Teksi Tawau dikenali sebagai PESARUM juga memiliki Pengerusi yang tidak dapat disahkan ketulenan KPT nya; tambahan pula orang seperti mereka ini di lindungi oleh VVIP politik.

Persoalannya, kenapa VVIP kita sanggup berbuat demikian sehingga melupakan anak bangsanya sendiri? Mana perginya agensi kerajaan seperti Jabatan Imigresen, Polis, Jabatan Pendaftaran dan SPRM? Semuanya seolah-olah senyap. Tidur lena dalam kekenyangan rasuah atau takut dengan suara lantang VVIP politik terutama Kalabakan dan Sebatik yang melindungi PATI dan PADI ini.

Saya memohon kepada Mutalib M.D agar dapat terus memperjuangkan hak-hak anak Sabah dan menyiasat secara mendalam hingga ke akar umbi terhadap kenyataan saya di atas.

Sesungguhnya pokok tidak akan bergoyang sekiranya tiada penyebabnya!

Salam Hormat,

TAWAUCUN

No comments:

Post a Comment