Monday 27 September 2010

REFORMASI PKR TENOM BERMULA



Oleh: KREW SABAHKINI.NET

KETUA Ranting Kg Lalang, Kemabong, Tenom telah dibekalkan dengan laptop oleh Ketua Cabang PKR Tenom, Datuk Halik Zaman bagi memudahkan komunikasi antara mereka disebabkan faktor geografi.

Menurut Setiausaha Cabang Tenom, komunikasi akan menjadi lebih mudah dengan interaksi internet seperti interaksi Skype. Segala urusan dan informasi akan lebih segera disalurkan melalui sistem komunikasi internet.

Ia juga boleh digunakan bagi menangkis segala pembohongan UMNO/BN menerusi TV1 TV2 TV3 dan Astro Awani.

Menurut Setiausaha Cabang Tenom, rombongan pimpinan Cabang akan melawat dan memenuhi undangan dari Ketua-ketua Ranting di Ulu Tomani bagi menerima penyertaan masuk anggota-anggota baru ke dalam PKR.

Setakat ini undangan hanya dapat dipenuhi pada hujung minggu memandangkan mereka bekerja pada hari biasa.

Sementara itu, satu lagi program penyerahan jersi dan bola sepak akan di adakan di Kuala Tomani. Penyerahan ini akan diserahkan kepada Ketua AMK Cabang, Jamain Kalasang dan barisan Jawatankuasanya.

Dengan penyerahan ini, Ketua AMK Cabang berjanji untuk mengadakan dengan lebih kerap aktiviti sukan dan riadah di kalangan anak-anak muda, seperti bolasepak, bolatampar dan badminton.

Anak-anak muda yang bernaung dalam PKR Cabang Tenom akan disajikan dengan lebih banyak lagi program berilmiah dan riadah sihat untuk dimanfaatkan oleh mereka bersama.

Sebuah piala rebutan akan dihadiahkan oleh Ketua Cabang bersama dengan wang sagu hati yang akan diterima oleh pasukan pemenang pertandingan akhir.

Untuk aktiviti sayap Wanita, Ketua Wanita Cabang, Puan Artinah Anok akan mencari wanita-wanita yang berkeinginan menyertai kursus komputer kerana Cabang Tenom berhasrat untuk mengadakan kursus-kursus komputer dan IT di kalangan wanita-wanita di setiap kampung.

Kursus ini amat berfaedah kerana banyak maklumat parti akan dapat disalurkan dengan seberapa segera dan juga ianya mampu menyaingi dan menangkis pembohongan yang disebarkan media arus perdana seperti TV1, TV2, TV3 dan ASTRO serta akhbar-akhbar Utusan Malaysia dan Berita Harian yang banyak mengeluarkan cerita-cerita yang tidak benar untuk memesongkan kepercayaan rakyat terhadap Pakatan Rakyat.

No comments:

Post a Comment