Thursday, 30 September 2010

SHAFIE CAKAR MUKA MUSA AMAN?




HENTAM …Shafie menghentam habis-habisan Musa secara sindiran dengan disaksikan sebahagian besar penyokongnya.

Oleh : SHAIMON S JUMADI

RETAK menunggu belah dalam Barisan Nasional (BN) Sabah semakin ketara setelah Program Juara Rakyat Sandakan yang berjaya mengumpulkan 50,000 warga Sabah termasuk pendatang tanpa izin; namun Program Majlis Rumah Terbuka Shafie Apdal berjaya menenggelamkan ego Ketua Menteri Sabah kerana dihadiri lebih 70,000 warga Pantai Timur, terutama PATI dan PADI yang dominan di sini.

Wartawan Sabahkini.net yang turut menghadiri majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Menteri Pembangunan Luar Bandar Shafie (diwar-warkan sebagai Rumah Terbuka Agensi KKLW) yang dilangsungkan di Padang Bandaran Lahad Datu baru-baru ini, telah dibanjiri lautan manusia datangnya daripada Tawau, Semporna, Kunak, Tungku, Lahad Datu, Kinabantangan, Kudat dan Sandakan untuk menggelamkan gahnya Program Juara Rakyat Musa Aman di Sandakan.

Walaupun majlis rumah terbuka itu ia tidak sehebat seperti ‘Juara Rakyat Raksasa’ yang diadakan di Padang Bandaran Sandakan, tetapi cukup meriah dengan kehadiran begitu ramai ‘Fixed Deposit’ sehingga mengalahkan keramaian program Juara Rakyat Sandakan.

Sebagai tuan rumah pada majlis tersebut, Shafie dalam ucapan berapi-apinya benar-benar menghentam habis-habisan Musa Aman secara satira, sindiran dan simbolik (Jurus Politik), namun mereka yang mendengar ucapan Shafie selama hampir tiga jam itu faham apa yang telah dimaksudkan oleh Naib Presiden UMNO berkenaan.

Dalam hal ini, ramai yang berpendapat Shafie mempunyai peluang yang cukup luas untuk menaiki kerusi empuk jawatan Ketua Menteri Sabah pada masa terdekat ini jika mendapat kepercayaan Najib dan semua parti komponen BN jika berjaya mencetuskan ‘Tsunami Anti-Musa Aman’.

Secara kiasan, mungkin Tan Sri Joseph Pairin Kitingan sudah bersiap sedia untuk mengambil alih buat sementara kerusi Ketua Menteri Sabah secara ‘Transit’ daripada Musa Aman sebelum digantikan Shafie selepas pilihanraya umum ke 13.

Sejak akhir-akhir ini kemelut politik Barisan Nasional (BN) begitu ketara sekali apabila beberapa pemimpin parti komponen BN bercakaran sesama sendiri yang melibatkan antaranya UMNO, LDP dan parti GERAKAN.

Parti LDP bagaikan tersedak kuih makmur apabila tiga cawangan parti Gerakan kawasan Tanjung Papat yang diketuai Samsul Bahari turut membuat protes menandatangani memorandum bahawa mereka juka tidak menyokong Datuk Liew Vui Kiong dan sebaliknya menyokong Musa Aman.

Pemerhati politik di sini berpendapat bahawa konflik yang timbul ini sebenarnya bakal membawa malapetaka dan perpecahan serta menimbulkan ketegangan antara satu sama lain, khususnya parti-parti komponen seperti yang disebutkan itu telah menarik perhatian khusus parti-parti pembangkang yang ada di negara ini.

Dalam konteks ini memang tidak dapat dinafikan, baru-baru ini Ketua Pemuda UMNO Bahagian Sandakan, Hj Awang Kadin Tang membuat beberapa kenyataan di beberapa akhbar tempatan antara lain ‘membuka pekung di dada’ bahawa pemuda, termasuk dirinya tidak menyokong LDP terutama Datuk VK Liew.

Namun demikian Liew Vui Kiong semasa berucap di majlis Rumah Terbuka Mesra Raya anjuran Ahli Parlimen Sandakan telah menafikan dakwaan berkenaan dengan menyatakan bahawa tidak timbul sebarang konflik antara beliau (Liew) dengan Ketua Menteri Sabah Musa Aman atau UMNO.

“Saya dengan Ketua Menteri Sabah Datuk Musa Aman tiada sebarang konflik dan memang menyokong penuh kepimpinan beliau dan juga kerjasama dengan UMNO,” jelas Liew ketika disoal Sabahkini.net.

Liew juga kesal kerana terdapat beberapa ahli UMNO dan parti komponen lain yang sengaja menggembar-gemburkan dan mereka-reka cerita walaupun beliau sudah menjelaskan dengan terperinci di laman web portal Sabahkini.net baru-baru ini mengenai kedudukan yang sebenarnya; namun mereka masih tidak faham keadaan yang sebenarnya.

Ekoran daripada kenyataan pemuda UMNO Sandakan yang menyerang LDP dan Presidennya, rentetan daripada itu kemudian 3 cawangan parti Gerakan kawasan Tanjung Papat juga membuat perkara yang sama menghentam LDP dan Liew habis-habisan.

Selang beberapa hari kemudian 4 buah Cawangan LDP kawasan Elopura telah keluar beramai-ramai meninggal parti itu kerana kononnya menyokong Musa dan menolak LDP.

Dalam hubungan ini sebagai Presiden LDP, VK Liew sudah menjelaskan pendiriannya bahawa beliau menyokong Musa namun masih lagi dipertikaikan oleh beberapa ahli-ahli parti komponen BN seolah-olah mereka telah hilang kepercayaan terhadap kepimpinan VK Liew menerajui LDP.

Senario ini menggambarkan bahawa VK Liew benar-benar terhimpit dengan olah nakal yang ditimbulkan Chin Shu Phin sehingga beliau tertempel najis yang dibuang Chin ke muka Musa.

Sepatutnya ketika pilihanraya umum Ke-13 yang semakin hampir, ahli-ahli UMNO termasuklah komponen BN lainnya masing-masing bergerak menyusun dan mengatur beberapa strategi untuk mengemaskini jentera pilihanraya lebih awal demi memudahkan perjalanan jentera di dalam parti masing-masing.

Persengketaan mahupun yang disebut sebagai pergeseran dalaman yang berterusan sebenarnya tidak membawa sebarang keuntungan kepada mana-mana pihak malahan ekoran krisis itu menjadi modal ejekan dan umpatan Pakatan Rakyat seperti Parti KeAdilan Rakyat (PKR) dan Parti Maju Sabah (SAPP) yang kini bertepuk sorak setelah mengetahui krisis dalaman parti komponen BN semakin parah.

Apapun yang terjadi, sewajarnya para pemimpin UMNO di negeri ini harus mengikut dan mendengar nasihat Datuk Najib Tun Razak agar sengketa dalaman antara parti-parti komponen BN jangan diperbesar-besarkan lagi dan haruslah dihentikan segera demi mengukuhkan perjuangan dan perpaduan serta jalinan mesra dalam BN/UMNO agak BN tidak kecundang pada PRU-13.

20 comments:

  1. Bagus lah kalau Sabah ada Ketua Menteri baru.

    ReplyDelete
  2. Sokongan untuk Shafie hanya PATI sahaja. Rakyat Sabah tidak menyokong Shafie Apdal.

    ReplyDelete
  3. Kalau mahu melantik KM baru pun, orangnya bukan Shafie Apdal.

    ReplyDelete
  4. Shafie tak sesuai lah nak jadi Ketua Menteri Sabah. Musa jauh lebih baik berbanding dia.

    ReplyDelete
  5. Persefahaman antara pemimpin sangat penting dalam memperjuangkan parti.

    ReplyDelete
  6. Sekiranya perkhidmatan KM berakhir disini diharap KM yang baharu dapat meneruskan perjuangan beliau dalam memperjuangkan parti dan memajukan negeri ini.

    ReplyDelete
  7. Tidak kisah siapa2 sahaja yang bakal menjadi KM yang baharu, janji menjalankan tanggungjawab dengan jujur dan ikhlas.

    ReplyDelete
  8. Diharapkan KM yang baru akan berdedikasi untuk melaksanakan tanggungjawabnya dengan ikhlas.

    ReplyDelete
  9. belum tentu lagi samada Musa akan berhenti menjadi KM Sabah, kita lihat ja nnti, nampaknya kenyataan Chin su Phin yang enggan bekerjasama dgn Musa Aman bukanlah pendirian LDP.

    ReplyDelete
  10. Ketua Menteri Baru...biarlah rakyat yang menentukan dan bukan hanya mendengar hujah2 pihak2 yang lain dimana belum tentu kebenarannya.

    ReplyDelete
  11. Curiga aku oo macam ni. Makin dekat PRU13 makin pula banyak hal yang timbul. huhuhuhu

    ReplyDelete
  12. Para pemimpin sepatutnya bersatu dan memastikan perjuangan parti mencapai matlamat utama dan bukannya mementingkan kepentingan diri sendiri. huhuhu

    ReplyDelete
  13. Saya sokong dengan pendapat bahawasanya para pemimpin UMNO di negeri ini harus mengikut dan mendengar nasihat Datuk Najib Tun Razak agar sengketa dalaman antara parti-parti komponen BN jangan diperbesar-besarkan lagi dan haruslah dihentikan segera demi mengukuhkan perjuangan dan perpaduan serta jalinan mesra dalam BN/UMNO agak BN tidak kecundang pada PRU-13.

    ReplyDelete
  14. Soal Shafie VS Musa Aman pula.. Sama2 lah kita tunggu & lihat perkembanganya nanti :)

    ReplyDelete
  15. Saya yakin rakyat dah cukup matang untuk membuat penilaian seterusnya membuat ppilihan yang terbaik :)

    ReplyDelete
  16. betulkah pengujung yang datang seramai 70,000 orang?

    ReplyDelete
  17. betulkah UMNO Sabah sedang retak menanti belah? kenapa rakyat tidak tahu menahu akan Shafie jadi KM baru? adakah kuasa menentukan KM terletak di tangan orang-orang tertentu? apa hak rakyat Sabah?

    ReplyDelete
  18. ketua menteri Sabah tetap akan bertukar, tapi tidak mungkin Shafie kerana reputasi beliau tidak begitu baik di Sabah.

    ReplyDelete
  19. menurut Ketua Cawangan UMNO Tanjung Labian, Kunsul Nahul, yang hadir di Majlis Rumah Terbuka Shafie di Padang Bandaran Lahad Datu tidak sampai 7000 orang..

    ReplyDelete