SIMBOLIK…Ewon (kiri) menyerahkan bola kepada Gideon Gadet sebagai simbolik perasmian. Ditengah kelihatan Lucas Umbul menyaksikan perasmian tersebut.
Oleh: MAIL MATHEW
AKTIVITI kesukanan bukan sahaja ia diamalkan untuk tujuan menyihatkan fizikal mahu pun minda seseorang individu, tetapi secara tidak langsung kegiatan seperti itu dapat mengeratkan ikatan persefahaman dan seterusnya mengwujudkan semangat toleransi dalam konteks perpaduan dikalangan semua kaum di negara ini.
Seperti yang umum sedia maklum bahawa sukan merupakan satu satunya aktiviti yang dapat menemukan semua kaum tanpa mengira status seseorang itu malah ia boleh menggalakkan pengukuhan perpaduan.
Ketua Komulakan UPKO Nasional, Ewon Benedict berkata demikian ketika merasmikan kejohanan bolasepak Piala Hari Malaysia anjuran UPKO kawasan P.181 Tenom pada Sabtu.
Kejohanan julungkali itu diadakan di padang bolasepak, Stesen Pertanian Lagud Sebrang kira-kira 12 kilometer dari pekan Tenom yang disertai seramai 25 pasukan terdiri daripada golongan belia bawah umur 35 tahun.
Turut hadir dimajlis itu, Penolong Setiausaha Agung UPKO Lucas Umbul, AJK Bahagian Junik Bajit, Juarib Ebin dan Madusin Sikin serta beberapa pemimpin masyarakat setempat.
Ewon yang juga Setiausaha Akhbar kepada Menteri Perusahan, Perladangan dan Ekonomi Tan Sri Bernard Giluk Dompok seterusnya berkata, selain usaha merelaisasikan konsep 1Malaysia menerusi aktiviti sukan komulakan UPKO turut merancang beberapa lagi aktiviti yang berkaitan dengan ekonomi, pendidikan dan seminar motivasi kepemimpinan.
“Biarlah kita jadikan aktiviti ini sebagai aktiviti tahunan atau kalau boleh kita jadikan ia satu karnival aktiviti sukan dan riadah anjuran komulakan UPKO,” tegas Ewon.
Dalam pada itu, ketika menyentuh perihal masalah sosial dikalangan remaja beliau optimis bahawa matlamat yang dirancangkan oleh Komulakan UPKO dapat mencapai sasaran untuk menyusun semula ikatan belia yang sudah mula longgar dan tersasar daripada rukun hidupnya apabila mereka menyertai program program belia yang dirangka dan bakal dilaksanakan komulakan itu dalam masa terdekat.
“Itu sebabnya kita dalam komulakan UPKO akan menyediakan seminar motivasi untuk membentuk hala tuju penghidupan seharian mereka ke lembah kebahagian, sebaliknya melepaskan mereka daripada terus dibelenggu penderitaan kerana sentiasa dibayangi pengaruh kegiatan negatif seperti gejala sosial yang bakal menghancurkan sisa-sisa hidup mereka di mata masyarakat,” tambahnya lagi.
Tegasnya lagi, perayaan Hari Malaysia yang terus mengisi kalendar sebagai cuti umum ditahun tahun mendatang merupakan tanggung jawab generasi muda masa kini untuk menyemarakkan sambutan itu disemua peringkat kawasan agar sejarah kemerdekaan Negara dapat dihayati dan difahami sepenuhnya untuk diwarisi turun temurun agar ia tidak pupus ditelan zaman.
No comments:
Post a Comment