Sunday, 19 September 2010

ISU PATI MUSTAHIL DISELESAIKAN?




Saudara Pengarang,

ISU Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) tidak akan habis dibicarakan oleh rakyat seperti kita, kecuali ada sokongan dari ahli politik yang telah kita undi. Namun agak ‘Mustahil’ kerana kita baca dalam Sabahkini.net, bahawa ada juga tokoh politik yang mempekerjakan warga asing yang mendapat IC Projek.

Ramai PATI telahpun mendapat segala kemudahan yang tidak sepatutnya mereka terima terutama dari aspek persekolahan sehinggalah ke sektor pekerjaan. Di UMS, UiTM, telahpun ada anak-anak PATI melanjutkan pelajaran.

Malah ada yang berlagak lebih tinggi dari warga tempatan sampai ke tahap yang boleh dikatakan mengugut dan sebagainya. Apakah negara kita khususnya, SABAH adalah tempat untuk PATI bermaharajalela?

Taukeh-taukeh yang mendominasi ekonomi termasuk agensi kerajaan Persekutuan seperti FELDA dan FELCRA memperkerjakan PATI tanpa segan silu. Entah macam mana mereka mendapat kebenaran dari pihak berkuasa untuk memperkerjakan PATI?

Tanpa kita sedari, sepanjang perjalanan dari Sandakan sehinggalah ke Tawau, di tepi-tepi jalan didirikan rumah-rumah haram oleh PATI atau Warga yang mendapat IC Projek.

Kenapakah perkara ini tidak dipantau oleh kerajaan? Dari manakah mereka mendapat kayu-kayu untuk membuat rumah tersebut? Tidak adakah satu sistem ‘Kebenaran’ untuk membuat rumah di negara kita?

Cubalah pegawai-pegawai kerajaan turun padang. Tengok dan ambil data dari rumah-rumah tepi jalan dari Ssandakan sehingga ke Tawau. Pasti anda akan terkejut. Hampir 70% daripadanya adalah ruma -orang yang memiliki IC projek. PATI mengeroyok kawasan-kawasan hutan, tetapi dibiarkan.

Anehnya, orang tempatan mohon tanah, tapi dibiarkan bertahun-tahun malah disusahkan dengan berbagai prosedur. PATI mencuri air dan elektrik tapi dibiarkan. Tetapi apabila orang tempatan sedikit lewat bayar air atau elektrik, pasti akan dipotong elektrik dan air.

Rupa-rupanya SABAH adalah untuk PATI. Itulah kenyataan yang pahit dan harus diterima oleh rakyat tempatan. Tidak lama lagi hilang identiti Sabah. Mungkin kita terpaksa akur mengamalkan identiti INDONESIA atau FILIPINA. Itulah budaya baru kita.

Mahu atau tidak, rela atau terpaksa, kita kena terima budaya Indonesia dan Filipina. Kemudian Indonesia dan Filipina tuntut bermacam-macam dengan mengatakan semua budaya itu adalah budayanya, bahasanya lau membakar bendera, kencing di bendera, dinajiskan bendera, dimaki, dihamun dan entah apa lagi yang akan berlaku.

Saya sudah mulai fed-up dengan situasi ini dan sebagai protes saya akan rosakkan undi pada pilihan raya akan datang atau memboikot undi saya.

Salam keparat kepada mereka yang menternak PATI atau seangkatan dengannya,

ANAK BADAK TABIN

(Nama sebenar dirahsiakan atas permintaan penulis yang hidup di tengah PATI)

No comments:

Post a Comment