Sunday 19 September 2010

AZMIN DAHULUI ZAID DI SABAH



GANDINGAN…Calon Ketua Cabang PKR Batu Sapi, OKK Hassnar Ebrahim bersama Ketua Cabang PKR Libaran di Mesyuarat Agung Tahunan Libaran kelmarin.

Oleh : KREW SABAHKINI.NET

PROSES pemilihan Ketua Cabang PKR bagi 10 kawasan pilihanraya bermula pada hari ini dan enam Cabang telah mencalonkan Azmin Ali, sementara 4 Cabang lain mencalonkan Datuk Zaid sebagai calon Timbalan Presiden PKR yang bakal berlangsung pada 30 September 2010 akan datang.

Cabang yang terdahulu sekali mencadangkan Azmin Ali ialah Cabang PKR Libaran yang dipengerusikan oleh Tamrin Hj Jaini yang juga merupakan Pengerusi MPN Negeri Sabah. Segera menyusul keputusan mencalonkan YB dari Gombak itu ialah Cabang Sandakan. Empat Cabang lain yang turut mencalonkan nama Azmin Ali ialah Cabang Kudat, Cabang Ranau, Cabang Papar dan Cabang Silam.

Pencalonan bagi merebut beberapa Jawatan Tertinggi PKR Pusat yang akan berlangsung pada 30 September 2010. Para Perwakilan dari empat Cabang yang turut bersidang pada hari yang sama bagi seluruh Sabah mencalonkan Datuk Zaid Ibrahim sebagai calon Timbalan Presiden PKR terdiri dari Cabang Kota Kinabalu, Cabang Kota Belud, Cabang Beaufort dan Keningau.

Proses pencalonan bagi seluruh Kawasan Negeri Sabah akan bersambung pada hari ini ahad 19 September 2010 dan berakhir pada 25 September 2010.

Persidangan Cabang Libaran dan Cabang PKR Sandakan yang julung kalinya diadakan menggunapakai Perlembagaan PKR yang baru telah dilaksanakan dengan jayanya di sebuah hotel terkemuka di Sandakan.

Kesemua cabang yang bersidang juga mencadangkan Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon tunggal Presiden PKR dan Ansari sebagai AMT.

No comments:

Post a Comment