Saturday 25 September 2010

PBRS TEWASKAN UPKO



KENANGAN…Gambar kenangan kedua pasukan sebelum memulakan perlawanan.

Oleh: ROZIE JUMAT

BEKAS pemain bola sepak negeri yang dahulunya mencipta sejarah sebagai pasukan yang digeruni, masih terus aktif di kawasan mereka berada. Bahkan mereka juga aktif membimbing anak-anak muda di pedalaman yang merupakan 'kilang' memproses ramai bakat di lapangan bola sepak.

Sebagai contohnya, Matusin Bowie dan Jekerson Kilan yang dahulunya memakai jersi pasukan negeri Sabah, selain sibuk dengan kerjaya masing-masing, masih aktif bersukan.

Pertemuan dua bekas kawan lama ini direalitikan dalam satu perlawanan persahabatan bola sepak di Komplek Sukan Keningau petang jumaat. Matusin Bowie merupakan Timbalan Ketua Pemuda EXCO Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) manakala Jekerson Kilan adalah Ketua Pemuda UPKO N.38 Nabawan.

Mereka bersepakat mengadakan perlawanan persahabatan bersama ahli masing-masing. Kehadiran mereka juga amat dinanti-nantikan oleh para peminat yang masih merindukan gelagat mereka di padang.

Sementara itu Ketua Pemuda PBRS N.37 Sook selaku penganjur perlawanan itu, Kahirin Bador berkata, perlawanan persahabatan yang diadakan adalah bertujuan untuk mengeratkan lagi ukuwah antara ahli-ahli parti komponen Barisan Nasional (BN) di kawasan P182 Pensiangan.

"Pihak kami (PBRS Pemuda Sook) sebelum ini telah mengadakan perlawanan persahabatan dengan Pergerakan Pemuda UMNO P.182 Pensiangan dan ianya satu aktiviti yang positif kerana para pemimpin kami mahu program seumpama ini dilakukan bagi mempereratkan dan memantapkan lagi BN di kawasan ini," kata Kahirin.

Sempena perlawanan persahabatan itu, Pemuda PBRS N.37 Sook yang turut disertai oleh Pemimpin Kemajuan Rakyat (PKR) Charles Ikang, Ketua Bahagian PBRS Bingkor, Paul Mansiw mengalahkan pasukan UPKO Nabawan dengan kiraan 6-5.

No comments:

Post a Comment