Saturday 25 September 2010

PENDUDUK BANTAH PEMAJU TUTUP PARIT




BENTENG….Lo menunjukkan benteng membina ‘retainning wall’ yang menutup saliran air dari kawasan rumahnya.

Oleh: MAIL MATHEW

Pengurusan Majlis Daerah Tenom akan melakukan pemeriksaan sekali lagi sebelum keputusan dibuat berhubung masalah sistem perparitan (sanitary system) ditutup pemaju yang menghalang saliran air keluar seperti yang didakwa pemilik tanah bersebelahan dengan tapak pembinaan kedai baru.

Gesaan itu dibuat Jurutera Majlis Daerah Tenom, Ir Annuar Mohammad ketika dihubungi pada Sabtu berhubung masalah tersebut dan meminta pihak terbabit bersabar buat sementara waktu sehingga selesai pemeriksaan masalah yang berlaku itu.

“Kita akan periksa dengan teliti pelan dan rekabentuk dan jika terdapat ada yang tidak betul…maka kita perbetulkan,” jelas beliau.

Gesaan beliau itu timbul ekoran rungutan seorang pemilik tanah yang bersebelahan dengan tapak pembinaan kedai baru, Lo Su Fah, 51, yang merungut kononnya pemaju sudah mula mengengkari persetujuan awalnya untuk membina saliran perparitan baru selepas menutup perparitan lama yang terletak di tengah-tengah tapak pembinaan beberapa deretan kedai.

Menurut Lo, pemaju telah bersetuju membina saliran perparitan baru di kawasan tepi tapak untuk membolehkan saliran air keluar daripada rumahnya supaya tidak berlaku kebanjiran terus menerus ketika musim hujan jika tiada perparitan untuk mengeluarkan air hujan yang bertakung di kawasan rumahnya.

“Malangnya, saya lihat pekerja pembinaan itu bukan sahaja membina dinding (retaining wall) tapi turut menimbus dan menyimin perparitan yang dicadangkan itu. (Jadi)..kalau sudah begitu apa akan terjadi dengan rumah saya yang mungkin ditenggelami oleh air hujan ketika musim hujan sebab air tidak dapat keluar lagi,” tegas Lo.

Tegasnya lagi, selain masalah banjir kerana air tidak dapat keluar dalam jangka masa beberapa hari, mungkin masalah lain akan timbul seperti masalah kesihatan akan tercemar kerana air berbau busuk selepas beberapa hari bertakung.

Ditanya apakah beliau pasti perparitan itu akan ditimbus dan tidak dibina seperti pada persetujuan sebelumnua Lo berkata;

“Saya pasti ia akan ditimbus kerana di situ dapat lihat besi-besi sebagai tulang simen sudah dipasang untuk disimen. Lagipun kita dapat lihat mana perparitan yang dia sudah buat…tidak ada? Jadi saya mahu cakap dalam medi dulu dan terpulang kepada pemaju apa dia punya respon. Balik-balik cakap pun dia tidak peduli semua itu,” tegas Lo.

Pemaju terbabit ketika dihubungi untuk mendapatkan ulasannya memberitahu bahawa pihaknya tidak tahu menahu apa yang diungkitkan oleh Lo, kerana pemaju telah laksanakan kerja-kerja mengikut pelan dan rekabentuk yang diluluskan oleh Majlis Daerah.

“Terpulanglah kepada Lo untuk berurusan dengan pihak Majlis dan kami tidak mahu campur,” tegas pemaju terbabit.

No comments:

Post a Comment