Thursday, 23 September 2010

KALAU BUKAN JAHAT, ITU BUKAN UMNO!



Oleh: IBN ABDULLAH

MELATAH, berbohong dan memfitnah merupakan sebahagian 'benchmark' akhlak para pemimpin UMNO. Cuba kita tanya orang ramai, kenapa para pemimpin UMNO ini jahat, sehingga mereka sanggup menyebar fitnah, di dalam bulan Ramadhan, tentang doa dalam khutbah Jumaat yang kononnya khatib telah gantikan nama Yang Di Pertuan Agong kepada ‘Tuan Guru’ Lim Guan Eng. Maka ada beberapa individu secara spontan memberi jawapan, "Kalau Bukan Jahat, Itu Bukan Umno!”

Pergerakan Puteri UMNO, melalui Ketuanya, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin, sudah memulakan serangan pertama ke atas PAS yang didakwa beliau kononnya telah menerima sumbangan RM4 bilion daripada syarikat I’DA World Group Sdn. Bhd.

Wow! RM4 bilion? Banyak bah itu! Biar betul? Jangan pasang perangkap! Kalau UMNO sudah berada di tahap nazak, tidaklah patut sambung nafas melalui jalan kotor! Masuk ICU kan lebih baik. Di situ ada banyak kemudahan untuk memanjangkan sedikit nyawa yang sudah hampir sampai ke penghujung.

Sikap cepat melatah Ketua Puteri UMNO ini tidak lebih seperti seekor ayam betina yang ‘berketuk’ setiap kali bertelur. Ayam ini berfikiran bahawa dia berketuk untuk memberitahu tuannya bahawa dia telah bertelur, tetapi tanpa disedari, dalam dia buat kerja yang baik itu, telurnya juga bergelumang dengan tahi. Begitulah tamsilan dengan perilaku cepat melatah Ketua Puteri UMNO yang sebelum ini terlibat dengan Skandal Seks yang menggemparkan!.

Datuk Rosnah kononnya cuba tonjolkan dia seorang yang bersih, tidak pernah terima habuan dari taukeh-taukeh atau kroni dia. Untungnya para pemimpin UMNO yang terima segala bentuk habuan dari taukeh-taukeh kroni ini tidak dibuat dalam majlis-majlis rasmi.

Cuba, kalau berani, panggil semua wakil media, buat majlis rasmi, dedahkan siapa dia yang bagi kamu hadiah seperti Ninja King, Mercedes, Rumah Banglo dan segala bentuk kemewahan dunia sehingga kamu hidup mewah di luar jangkauan sedangkan elaun kamu sebagai MP, Adun atau Menteri atau Timbalan Menteri tidak akan mampu membeli Avanza secara tunai!

Sikap membisu para pemimpin UMNO di atas penyelewengan penggunaan Sijil Anak Negeri oleh penyangak atau taukeh-taukeh kroni UMNO sebenarnya hanya mengesahkan bahawa pemimpin UMNO adalah sebahagian dari pengkhianat yang turut bersubahat merampas tanah-tanah NT milik masyarakat pribumi Sabah.

Kenapa pemimpin-pemimpin UMNO membisu atas isu yang cukup gawat ini? Jawapannya mudah. Manusia bernama Edward Ang, Stephen Liew, Hon Chong Lip, Andrew Tham, adik beradik Kwan dan sebagainnya yang memiliki Sijil Anak Negeri melalui jalan meragukan ini, yang memiliki hartanah dalam jumlah yang besar, atas identiti palsu konon sebagai Anak Negeri Sabah. Mereka inilah kuncu-kuncu dan kroni para pemimpin UMNO yang mengisi dan membuncitkan lagi perut mereka yang sedia buncit seperti Rosnah!

No comments:

Post a Comment