Friday 17 September 2010

KECEMASAN TERPAHIT REALITI SYAITAN




Salam hormat warga Malaya dan Borneo,

SAYA tulis apa yang saya fikir. Apa yang saya fikir hanya yang terbaik untuk kelangsungan masa hadapan warga asli Borneo Utara (Sabah). Walau bagaimanapun, mungkin apa yang saya fikir dan yang saya tulis dalam siri ‘Paradigma’ dedalu menghancurkan semalu.

Walaupun tulisan saya ini hanya dianggap sebagai karut atau tidak berguna oleh mereka yang telah mengabdikan otak diri mereka sebagai juak dan barua tegar kepada Melayu UMNO, tanpa secebis perasaan cemas terhadap sikap curang Melayu UMNO sebagai wabak yang memungkinkan warga asli Sabah akan diawet untuk diarkibkan sebagai warga yang pupus oleh kedurjanaan (IC Projek) Melayu UMNO kelak.

Ada kalanya kecemasan terpahit menjadi realiti kegembiraan syaitan, tatkala warga asli sesebuah wilayah tidak mampu lagi untuk mempertahankan diri mereka dari kesengsaraan yang ditimpakan oleh kewujudan warga baru yang dominan seburuk wabak.

Demikianlah catatan sejarah yang berhubung dengan kehancuran bangsa Maya dan Aztec di Amerika Tengah yang alah kepada pelbagai penyakit, yang sengaja dibawa dan disebarkan seperti campak, di samping pembunuhan beramai-ramai oleh wabak Sepanyol ke atas kaum tersebut pada abad yang ke 16 Masihi.

Tegasnya, kepupusan sesuatu kaum, akan ditandai oleh kehancuran penguasaan ekonomi, politik, budaya dan jati diri warga asli sesebuah wilayah.

Dalam konteks rantau Asia Tenggara, menurut para pengkaji sejarah, kepulauan Indo-Malaya telah mula diduduki oleh bangsa manusia yang dipanggil Austronesian sekitar 5,000 tahun dahulu.

Majoriti Orang Asli Malaya sekarang adalah keturunan bangsa manusia Austranesian awal.

Hasil daripada Banci Penduduk 2004, jumlah populasi Orang Asli Malaya hanya lebih kurang 149,000 orang sahaja. Mereka terbahagi kepada tiga kaum utama yang disebut, Proto, Negrito dan Senoi yang membentuk 18 rumpun bangsa.

Sekarang Melayu UMNO serta juak dan baruanya mula menyingkap pujian yang menjijikkan dari tempurung kepala lutut mereka yang berhubung dengan latar belakang sejarah dan nikmat Pembentukan Malaysia yang kononnya harus difahami tanpa memutarbelitkan tarikh itu untuk tujuan tertentu.

Cisss! Siapa sebenarnya yang dungu dan gagal membezakan antara 31 Ogos 1957 sebagai tarikh kemerdekaan Malaya dengan 16 September 1963 sebagai tarikh pembentukan Malaysia?

Barua dan tali barut Melayu UMNO di Sabah juga bergentayangan dengan mendendangkan lagu sumbang agar Sabah harus bersyukur kerana penyertaan Sabah dalam Persekutuan Malaysia 47 tahun yang lepas, kononnya telah membangun yang sudah tentu tidak dapat dinikmati sekiranya Sabah berada terus dalam kepompong British.

Namun, demikianlah mentaliti pemimpin kelas kambing acuan IC projek Melayu UMNO berpolitik gamaknya, tanpa mereka sedari bahawa kemuncak dan akibat politik IC projek Melayu UMNO bakal menjadikan warga asli Sabah di ambang kemusnahan, sebagaimana nasib malang yang telah menimpa warga Austronesian di Malaya akhirnya.

Kesopanan palsu menjadi perhiasan Melayu UMNO sebagai Sarjana Agung dalam menipu, sehingga rakyat percaya dengan mereka. Sesiapa yang tidak mempercayai mereka, mereka akan melakukan satu ketidakadilan pahit.

Dalam satu masa yang singkat, mereka akan membuat semua ketidakadilan mereka melalui instrumen negara khususnya media sebagai satu kewajaran atas alasan demi keselamatan dan keamanan negara, sangat bodoh percayakan mereka.

Sebagai tambahan, mereka tahu bagaimana untuk menjinakan warga marhaen yang susah atau miskin; kadang kala, kebajikan yang mereka war-warkan bagaikan baja yang belum ditabur pada tanah yang sayangi, dengan satu pandangan dalam bentuk pidato yang panjang tentang manfaat baja tersebut kepada masa depan petani sendiri.

Bagaimanapun, seorang negarawan tulen yang bijaksana tahu, bahawa dalam satu masa yang singkat secara perbandingan walaupun Melayu UMNO telah menjadi satu ‘penderma yang mulia.’ Namun, apakah yang demikian bukan satu kelakuan yang aneh?

Oleh itu, mereka mendapat lebih kredit untuk setiap tindakan sebegitu berbanding pesaing politik mereka yang tidak memiliki wang sebagai pekerja. Melalui media yang dijerut dan dicengkam juga, seluruh juak dan barua politik Melayu UMNO serentak meracau tentang keperluan kemajuan dan pembangunan warga Sabah kononnya, sehingga seolah-olah merekalah jurucakap era baru dunia.

Malangnya, orang bodoh yang tamak mulai percayakan mereka. Pada hal, mereka hanyalah juak politik Melayu UMNO yang bersuara dari mulut kepala lutut mereka. Betapa Brunei yang tidak menyertai Persekutuan Malaysia, begitu juga dengan Singapura yang keluar dari Persekutuan Malaysia, kini skala kemajuan negara mereka, walaupun kecil jauh mengatasi, bahkan mengaibkan pencapaian kemajuan Malaysia, apatah lagi standard kemajuan Sabah dan Sarawak.

Betapa barua dan tali barut politik IC projek Melayu UMNO juga terus bercakap tentang kepentingan dahagakan pengetahuan, memuji semua kemajuan dan pembangunan agar rakyat umum khususnya warga Sabah bersedia masuk ke dalam jaring perangkap mereka.

Kemudian mereka berusaha untuk menggambarkan Melayu UMNO sebagai pemimpin yang mulia, sentiasa betul-betul jujur dan baik hati. Justeru, kemuncak matlamat politik IC projek Melayu UMNO dalam peringkat ini yang sesungguhnya ialah, kemenangan dalam pilihanraya yang kononnya demokrasi berunsur pembodohan dan penipuan agung.

Sementara warga marhaen Sabah terus merana bagaikan ‘hidup segan mati tak mahu’ akhirnya.

Akhir kata, pesanan ikhlas dari saya, ‘Negara Sabah Untuk Bangsa Sabah. Warga Borneo Biar Ada Harga Diri. Rempuh Melayu Umno Sampai Jatuh.

Salam Hormat dan Salam Merdeka,

NASPAZI

No comments:

Post a Comment