Tuesday 28 September 2010

KONTRAKTOR PUNCA GANGGUAN INDAH PERMAI


BAIKI...Anggota kerja SESB sedang menjalankan kerja-kerja membaiki kabel.

Oleh: CENDERAMATA HAJI SINTEH

KABEL bawah tanah (underground cable) SESB di Jalan Sulaman telah mengalami kerosakan selepas kontraktor terkorek kabel tersebut dan ini mengakibatkan gangguan bekalan elektrik kepada lebih kurang 3,000 orang pengguna di sekitar Kota Kinabalu bermula pada jam 9.47 pagi kelmarin (27 September 2010).

Antara kawasan-kawasan yang terlibat dengan gangguan ini adalah kawasan sepanjang Jalan UMS, Jalan Tuaran Lama, Indah Permai, Pekan Menggatal dan juga kawasan sekitar.

Bekalan telah berjaya dipulihkan secara berperingkat-peringkat bermula pada jam 10.00 pagi pada hari yang sama.

Pihak SESB juga memohon kerjasama semua kontraktor yang terlibat dengan projek pembangunan seperti projek pembesaran jalanraya agar memaklumkan pihak SESB terlebih dahulu sebelum menjalankan kerja bagi memastikan kerja-kerja mereka tidak akan menjejaskan bekalan elektrik di kawasan sekitar.

No comments:

Post a Comment