Wednesday 15 September 2010

MICHAEL CHIA UNGGUL DI SPRM ‘TAILOR’?


BELI.... Mungkinkah Kevin (kiri sekali) dan Chong (dua dari kiri) telah dibeli Michael Chia sehingga berjaya melakonkan beberapa pintomin yang menakjubkan?


Oleh: MOHD YATIM SUHAILI

THE Untouchable of The Untouchable ‘Mr Underwear’ Michael Chia Tien Foh kini semakin ligat menyambut hari raya aidil fitri sejak menjadi Tukang Jahit di ‘Akademi Jahitan SPRM’ yang baru dibuka sejak Michael Chia diberkas 9 Jun 2010.

Kehebatan Michael Chia begitu terserlah seperti kata pepatah Melayu, ukur baju di badan sendiri; namun Michael Chia boleh mengukur baju di badan sesiapa sahaja termasuk Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Dato’ Abu Kassim Mohammad dan Peguam Negara, Tan Sri Gani Patail.

Dengan hanya satu panggilan telefon, kononnya daripada Peguam Negara, Timbalan Pendakwa Raya, Kevin Morrais telah meminta hakim menangguhkan satu kes rasuah yang amat penting kerana melibatkan ‘Mr Underwear Michael Chia’ dan sekutunya, termasuk UMNO Sabah dan abang angkatnya.

Kevin dan krewnya yang sebelum ini telah dijinakkan oleh Lau Sue Seng dikhabarkan akan digantikan dengan Timbalan Pendakwa Raya lain setelah Sabahkini.net melaporkan beliau menaiki kenderaan ‘mangsa dera’ Adun Sekong itu; namun atas sebab tertentu Kevin dikekalkan untuk meneruskan kes berkenaan.

Sejak awal pagi 13 September 2010, Kevin kelihatan mundar mandir di Kompleks Mahkamah Sandakan mengatur dan berbincang dengan saksi yang datang untuk memberi keterangan dalam kes perbicaraan antara Michael Chia dan Loh Man Heng yang memperdaya Chong Shiak Nyen dalam kes rasuah melibatkan konsesi kayu balak.

Ramai saksi kelihatan tidak selesa kerana kes tertangguh dan ditangguhkan beberapa kali sehingga ada saksi yang dikeluarkan waran tangkap kerana tidak hadir sedangkan perbicaraan belum bermula.

Antara saksi yang hadir termasuk Pengarah Perhutanan Sabah, Datuk Sam Mannan; Pengurus Besar Kumpulan Yayasan Sabah, Haji Daud Tampokong; Jutawan Datuk Agus Hassan Tan dan beberapa saksi penting termasuk Chong Shiak Nyen.

Chong Shiak Nyen kelihatan terpinga-pinga ketika Kevin meminta penangguhan, kononnya atas arahan Peguam Negara setelah dimaklumkan dia (Chong) ada menghantar surat kepada Jabatan Peguam Negara sedangkan menurut Chong beliau tidak pernah menulis sebarang surat untuk meminda keterangan atau membuat sebarang aduan, namun malangnya Chong tidak dibenarkan bercakap.

Mungkinkah ada pihak yang menulis surat layang menggunakan nama Chong, namun pengakuan Chong membuatkan imej SPRM tergelincir ke tahap pelacur jalanan yang memujuk mangsa untuk melanggan dengan harga yang murah?

Mungkin juga Chong Shiak Nyen telah dibeli Michael Chia melalui dua konsesi Yayasan Sabah agar dapat memujuk Chong menarik diri daripada saksi utama kepada defendan atau tertuduh; semata-mata untuk membatalkan atau menangguhkan perbicaraan yang sebelum ini telah diatur dengan baik oleh dua lelaki yang mendakwa diri mereka ‘Broker dan Juruperunding SPRM’ iaitu Datuk Albert Lim Yu Ming dan Hashim Lim.

Tidak tahu di mana tidak kena dan apa silapnya, kerana ramai pegawai termasuk Ketua Cawangan SPRM Sandakan sudah bersedia di mahkamah bagi memantau perbicaraan yang dijadualkan selama tiga hari bermula pada 13 hingga 15 September 2010 namun ditunda begitu sahaja ke 8 Oktober 2010 tanpa sebarang surat hitam putih daripada Peguam Negara.

Chong yang datang bersama peguamnya (Mantan DPP PDRM) untuk mengubah kenyataannya namun kelihatan dimarah Kevin; mungkin kerana sudah sembilan kali meminda kenyataan sebelum ini; atau ‘arahan’ daripada peringkat tertinggi Jabatan Peguam Negara dan SPRM yang sudah dirunding oleh Albert Lim dan Hashim Lim.

Dalam keterangannya kepada Mahkamah, Kevin memohon penangguhan dengan menyatakan bahawa SPRM memerlukan masa untuk merakam semula percakapan Saksi Utama, Chong yang mengakui tidak memahami rakaman percakapan yang dibuat oleh Pegawai Penyiasat SPRM, Anuar dan Hishamuddin.

Kevin turut memaklumkan kepada mahkamah bahawa beliau akan membuat laporan polis terhadap SPRM dan Anuar sekiranya dakwaan Chong benar; sehingga beliau gagal menjalankan pendakwaan disebabkan Chong tidak berpuas hati dengan rakaman percakapannya.

Sebelum ini, pelbagai usaha dilakukan untuk menangguhkan atau membatalkan kes ini termasuk menukarkan status saksi kepada defendan; namun kini semuanya terserlah dalam keadaan Michael Chia dan abang angkatnya semakin tersenyum merayakan kejayaan mereka menjinakkan Kevin.

Perbicaraan kes berkenaan yang disebut semula pada 1 Oktober 2009, kedua-dua tertuduh, Lo Man Heng dan Michael Chia tidak mengaku salah dan perbicaraan yang diadakan pada 25 dan 26 Mac 2010 dan dijadualkan bersambung pada 12 hingga 15 Mei 2010, namun terus tertangguh lagi sehinggalah disambung semula pada 13 September 2010 tetapi ditangguhkan setelah beberapa minit bersidang.

Berikut adalah kertas pertuduhan terhadap Michael Chia dan Lo Man Heng;

BAHAWA kamu, dengan niat, pada Jun 2004 bertempat di daerah Sandakan, Sabah, telah menipu seorang, Chong Siak Nyen daripada Syarikat Peluamas Sdn.Bhd dengan meyakinkan beliau mempercayai bahawa tiga perkara perlu disediakan sebelum mendapat surat kelulusan berhubung operasi pembalakan di Coupe BW12/02: Mengeluarkan dan Membeli Balak Komersil daripada Hutan Simpan Kabalakan, Sabah, iaitu;

1) Menyerahkan kembali pembelian 100,000 meter padu balak yang telah dimaterai pada 25 Mei 2004 kepada Rakyat Berjaya Sdn.Bhd/Innoprise Corporation Sdn.Bhd, syarikat subsidiari Yayasan Sabah sebagai 'write off';

2) Membayar RM3 Juta untuk Tabung Politik UMNO Sabah, dan;

3) Membayar komisyen RM25 bagi satu meter padu sebagai caj asas bagi semua balak yang dikeluarkan oleh Syarikat Peluamas Sdn.Bhd daripada Hutan Simpan Gunung Rara (Benta Wawasan).

DAN bahawasanya kamu secara tidak jujur telah menipu Chong Siak Nyen dengan menyerahkan Surat Kuasa bertarikh 22 Jun 2004 yang telah diberikan untuk membeli 100,000 meter padu balak kepada syarikat yang dimiliki UMNO Sabah, membayar RM1 juta kepada Tabung Politik UMNO Sabah dan komisyen RM2.2 juta kepada Lo Man Heng seperti berikut;

01) 22 September 2004 RM 100,000

02) 10 Disember 2004 RM 20,000

03) 10 Disember 2004 RM 10,000

04) 14 Disember 2004 RM 400,000

05) 11 Mac 2005 RM 100,000

06) 16 Mac 2005 RM 80,000

07) 22 Mac 2005 RM 100,000

08) 23 Mac 2005 RM 100,000

09) 18 April 2005 RM 40,000

10) 13 Mei 2005 RM 80,000

11) 14 Mei 2005 RM 60,000

12) 01 Julai 2005 RM 20,000

13) 13 Julai 2005 RM 50,000

14) 21 Julai 2005 RM 150,000

15) 29 Julai 2005 RM 100,000

16) 09 Ogos 2005 RM 150,000

17) 15 September 2005 RM 450,000

18) 15 November 2005 RM 150,000

19) 16 November 2005 RM 25,000

20) 24 November 2005 RM 15,000

Bahawasanya Chong Siak Nyen tidak akan menyerahkan Surat Kuasa dan wang yang dinyatakan di atas, jika dia mengetahui dan sehubungan itu kamu telah melakukan kesalahan di bawah seksyen 420 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksesaan yang menetapkan hukuman penjara tidak lebih satu tahun dan tidak lebih 10 tahun dan sebat dan juga denda.”

No comments:

Post a Comment