Wednesday 29 September 2010

PMU MATUNGGONG BERI HARAPAN BARU



Oleh: IR. HJ. ABD RAZAK SALLIM

PENCAWANG Masuk Utama (PMU) 132/11kV Matunggong yang kini sedang giat dibina berhampiran Kampung Pinawantai, Kudat akan dapat mempertingkatkan kualiti bekalan elektrik di seluruh kawasan Matunggong apabila siap kelak.

Projek di bawah Rancangan Malaysia Ke-9 (RMK-9) ini bernilai hampir RM17 juta khusus untuk membekalkan bekalan elektrik kepada ‘Water Treatment Centre’, Matunggong Kudat dan kini telah siap 77 peratus (%). Projek ini dijadualkan siap pada bulan Disember 2010.

Dengan siapnya projek ini ia akan menjadi pemangkin kepada pembangunan di kawasan Matunggong khasnya.

No comments:

Post a Comment