Tuesday 7 September 2010

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI DARI EDITOR



















Assalamualaikum Warahmatullah hiwabarakatuh,

PERTAMA kali setelah lebih 38 tahun beraya di Sabah, saya terpaksa menyambut hari raya aidil fitri di perantauan bersama isteri tersayang kerana keadaan tidak mengizinkan untuk kami bersama keluarga di Lahad Datu disebabkan bebanan tugas yang terpaksa disiapkan.

Walaupun sibuk dengan tugas sebagai pengendali Portal Sabahkini.net yang menerima pelbagai cemuhan, dugaan, cacian dan ugutan; namun saya tidak lupa untuk mengucapkan selamat menyambut hari raya yang bakal menjelang kepada semua pembaca Sabahkini.net; baik musuh atau kawan.

Kepada mereka yang memusuhi Sabahkini.net, insaflah kerana tindakan anda merugikan diri sendiri. Bagaikan seorang kanak-kanak memberi tahu rumah anda terbakar, lalu anda menikamnya kerana menyangka kana-kanak tersebut membakar rumah anda. Begitu juga Sabahkini.net yang memberitahu keadaan sebenar kelakuan dan jenayah yang anda lakukan. Bertaubatlah sebelum terlambat. Kembali ke pangkal jalan kerana pintu taubat dibuka 24 jam melainkan ketika sakarat (nazak dan hampir menghembuskan nafas terakhir).

Kepada YB Salleh kalbi dan isteri PATInya, buang masa sahaja anda memusuhi Sabahkini.net dan menyalahkan Editor kerana menyiarkan kritikan terhadap anda dan isteri anda serta PATI kesayangan anda, Nasri Subairah kerana sebagai media, Sabahkini.net terpaksa mendedahkan kebenaran walaupun pahit.

Sikap anda mengupah samseng untuk mencederakan editor dan wartawan Sabahkini.net hanya menambah buruk keadaan kerana saya tidak akan tunduk kepada tekanan, ugutan dan cacian. Jadikanlah kesilapan Yusof Jamlee sebagai teladan kerana kita dilahirkan bukan untuk mengambil NYAWA manusia kerana Ajal, rezeki, jodoh dan maut adalah kerja Allah Subhanawataala.

Sempena hari baik dan bulan baik, saya menyeru agar semua 'penjenayah' sama ada yang telah dibuktikan di mahkamah atau masih belum ditangkap kerana karenah birokrasi, terutama mereka yang berada di tampuk kuasa; agar kembali ke pangkal jalan sebelum anda dijatuhkan dengan cara yang memalukan atau diaibkan Tuhan kerana dosa mengaibkan Tuhan orang lain.

Akhirkata, kepada seluruh rakyat Sabah, saya amat berterima kasih sama ada anda menyokong atau membenci Sabahkini.net kerana ‘hits’ semakin meningkat sekalipun anda benci. Sokongan anda menjadikan saya bersemangat untuk terus berjuang menegakkan keadilan sekalipun secara berseorangan kerana kita lahir berseorangan dan akan mati juga berseorangan.

Kepada PATI yang berpeluang lahir dua kali (sekali di negara asal melalui kemaluan ibu anda dan sekali di Sabah melalui dubur bapa anda) bersyukurlah kerana anda berpeluang menjadi rakyat Sabah secara songsang sekalipun anda telah memijak Perlembagaan Malaysia yang kami junjung dan sanjung.

Jika ada peluang, pulanglah ke Negara asal anda kerana saya akan terus berjihad membongkar status anda kerana bagi saya kematian akibat menghalau anda keluar daripada bumi Sabah adalah Syahid. Mungkin ia tidak dapat dilaksanakan sekarang, namun saya pasti anak cucu dan tujuh keturunan saya akan terus berjuang menghalau semua PATI keluar daripada negara ini. Insha Allah!

Hubbul Watan, Minnal Iman,

Salam Ukhuwah dan Kasih Sayang Buat Rakyat Tulen Sabah,

MUTALIB M.D

C.E.O & Editor Sabahkini.net


1 comment:

  1. “ Walaupun tembuni saya ditanam di Kampung Parit Panjang, Mukim Lanai, Baling Kedah dan sewajarnya saya tidak harus menggadai nyawa memperjuangkan hak rakyat Sabah, namun tembuni anak-anak dan isteri saya ditanam di Sabah” !( Petikan kata-kata dari PEJUANG BANGSA DAN NEGARA )

    SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI MAAF ZAHIR & BATIN

    “ TERIMA KASIH SIFU”..!
    Yang banyak membantu mengetengahkan masalah rakyat Sabah ...

    ReplyDelete