Monday 27 September 2010

SHAFIE, JANGAN JADI BURUNG UNTA!




Oleh: MOHD YATIM SUHAILI

MENTERI Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal disaran agar tidak bersikap seperti burung unta yang menguburkan kepalanya ke dalam pasir tetapi badannya tetap di luar.

Aktivis Masyarakat, Abdullahsani Haji Abdul Salleh menyarankan demikian sebagai mengulas tindakan Shafie menafikan pemberian projek KKLW kepada ‘syarikatnya’ dan kroninya sebagaimana yang didakwa pembangkang di Majlis Rumah Terbuka Aidil Fitri di Lahad Datu.

“Kita bukan menuduh secara membuta tuli tetapi beliau harus menjelaskan apakah yang dibuat oleh adik beliau, Haji Mohd Yusof, Datuk Christopher dan Freedie Sua di Pejabatnya setiap hari jika bukan untuk melobi projek?,” kata Abdullahsani yang jengkel seolah-olah ‘Three Stoogies’ tersebut pegawai khas di KKLW.

Tegas Abdullahsani, ‘Three Stoogies’ ini bebas keluar masuk dan beliau pernah melihat dua orang VVIP Sabah terpaksa menunggu selama lebih dua jam untuk berjumpa Shafie semata-mata kerana Shafie sibuk mengatur projek bersama Three Stoogies di pejabatnya.

“Sebelum 16 Projek NKRA yang saya dedahkan sudah ada beberapa projek lain yang dibuat secara runding harga atau tender tertutup dan dilaksanakan oleh syarikat adik, kroni atau proksi atau yang beliau ada kepentingan. Jangan bimbang kita akan dedahkan bukti terus kepada SPRM,” kata Abdullahsani yang mendesak agar Kementerian Kewangan menarik balik semua kelulusan kepada kontraktor bagi 16 Projek Tender terhad NKRA beliau dedahkan.

Abdullahsani menarik perhatian, kenapa KKLW menyenarai kontraktor yang sama bagi projek kesembilan dan keenam belas, seolah-olah semuanya akan dilaksanakan oleh satu kontraktor dan kontraktor yang turut tersenarai hanya sebagai pencukup korum.



Kebanyakan kontraktor untuk mencukupkan korum berkenaan, kata Abdullahsani tidak langsung berwibawa setelah tidak mendapat sebarang projek antara empat hingga sepuluh tahun lalu; tambahan pula ada yang mempunyai rekod buruk kerana gagal membayar levi CIDB dan gagal menyiapkan projek yang dilaksanakan mereka.

“Bahkan seorang artis jelita turut diberikan projek. Apa hubungan beliau dengan artis berkenaan?,” tanya Abdullahsani yang meminta Shafie jujur melaksanakan tugas sebagai menteri dengan menjelaskan kepentingan Three Stoogies di KKLW yang turut menjadi sub-kontraktor bagi artis berkenaan.

No comments:

Post a Comment