Friday 3 September 2010

TANAH PERKUBURAN SERAM DINAIK TARAF



CHONG….kelihatan bersama-sama penduduk ke tapak projek bina tangga simen kuburan Kg Upak

Oleh : SHAIMON S JUMADI

WALAUPUN kampung Upak yang dikatakan mempunyai misterinya tersendiri sehingga kini masih menjadi tanda tanya kepada orang ramai kenapa sehingga kini kampung berkenaan belum ada penduduknya.

Kampung di sebelah daratnya mempunyai tanah perkuburan Islam walaupun kini tidak dihuni oleh sesiapapun, kecuali penunggu kuburan, namun masyarakat kampung yang berhampiran tetap merawat dan menjaga tanah perkuburan tersebut dengan sebaik-baiknya.

Dengan daya usaha masyarakat kampung-kampung berhampiran yang mahukan tanah perkuburan seram itu dinaik taraf, Ahli Parlimen Batu Sapi, Datuk Edmund Chong Ket Wah telah meluluskan peruntukan kilat, selain kos untuk membersihkan kawasan sekeliling kuburan itu.

Edmund juga telah menyalurkan projek membina tangga simen laluan ke kuburan tersebut untuk keselesaan masyarakat ketika mengusung jenazah ke tempat tersebut.

Wartawan Sabahkini.net yang turut serta melawat ke Kg Upak bersama-sama rombongan Ahli Parlimen itu merasakan ada yang tidak kena di kawasan tanah perkuburan itu, terutama bagi orang luar yang jarang-jarang sampai ke tempat itu kerana bulu roma berdiri tegak sepanjang masa sekalipun di remang cahaya matahari.

Dalam kesempatan itu wartawan Sabahkini.net sempat menemui ramah beberapa penduduk berkenaan. Mereka mengucapkan jutaan terima kasih kepada Chong kerana begitu prihatin terhadap kebajikan masyarakat Islam, walaupun tinggal terpencil di pesisiran pulau namun masih mendapat pembelaan daripada Kerajaan Barisan Nasional.

No comments:

Post a Comment