Saturday 25 September 2010

TIADA KONFLIK UMNO DAN LDP




TETAMU….Bahagian Wanita dan Puteri UMNO

Oleh: SHAIMON S JUMADI Foto : JUN PACIFICO

TMBALAN Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Kiong, menjelaskan tidak terdapat sebarang konflik dalaman antara LDP dengan UMNO sebagaimana yang digembar-gemburkan media; malah mereka saling bekerjasama erat antara satu sama lain untuk berjuang menaikkan martabat Barisan Nasional.

“Memang tidak dinafikan, ada segelintir ahli UMNO yang suka menimbulkan isu-isu negatif, kononnya UMNO Sandakan tidak menyokong LDP. Ini semua tidak benar dan sengaja direka-reka untuk mencetuskan persengketaan,” ujar VK Liew lagi di Majlis Rumah Terbuka Hari Raya anjuran Pejabat Parlimen Sandakan.

Ketika ditanya Sabahkini.net berhubung kenyataan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Sandakan, Hj Awang Kadin Tang yang membuat kenyataan akhbar bahawa UMNO Bahagian Sandakan tidak menyokong LDP termasuk presidennya sendiri; kata VK Liew, “Itu hanya pandangan peribadi beliau semata-mata, bukan pandangan ahli-ahli UMNO lainnya.”

Majlis Mesra Aidilftri bersama Ahli Parlimen Sandakan itu dijayakan dengan kerjasama empat peringkat Bahagian, Pemuda, Wanita dan Puteri UMNO Bahagian Sandakan yang diadakan di Ballroom City Club, Sandakan kelmarin mendapat sambutan yang amat menggalakan.

Lebih 300 orang ahli UMNO yang membabitkan Jawatankuasa Bahagian, Pemuda, Wanita dan Puteri termasuk lain-lain tetamu telah menghadiri mejlis tersebut.

Dalam ucapan alu-aluannya, Liew antara lain berkata, melalui konsep rumah terbuka yang sudah menjadi amalan kepada rakyat di negara ini lebih menjurus kepada mengeratkan siratulrahim dengan di kalangan ahli-ahli komponen BN.

Katanya konsep rumah terbuka sebegini bukan baru diamalkan, bahkan sudah hampir 50 tahun kerana setiap perayaan, apa sahaja; tidak kira perayaan Tahun Baru Cina, Krismas, Deepavali, Pesta Kaamatan dan Pesta Gawai, ia merupakan satu adat dan budaya kepada rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan kepercayaan agama; selaras dengan kesinambungan konsep dan gagasan 1 Malaysia.

Wartawan Sabahkini sebelum ini telah didatangi oleh beberapa orang AJK Bahagian dan Pemuda UMNO Sandakan yang melahirkan rasa kesal dan membidas sekeras-keranya terhadap tindak tanduk Ketua Pemuda yang membuat kenyataan yang tidak relevan dengan tujuan untuk mempropradakan antara hubungan LDP dan UMNO yang memang sedia erat terjalin.

Sepatutnya, kata salah seorang pemuda UMNO yang tidak mahu namanya disiarkan, Hj Kadin tidak boleh membuat sebarang kenyataan untuk menghentam rakan dalam BN kerana ini boleh menjejaskan nama UMNO dan BN sehingga menjadi bahan ejekan SAPP dan PKR.

Kata pemuda itu lagi, hal-hal yang sudah berlalu mengenai pergesaran antara Chin Shu Phin Timbalan Presiden LDP dengan Ketua Menteri, Datuk SDeri Panglima Musa Aman itu janganlah diperbesar-besarkan kerana antara VK Liew dengan Musa, tiada sebarang konflik.

Bagaimanapun VK Liew enggan mengulas berhubung desakan UMNO Tuaran yang mendesak beliau berundur selagi tidak menyatakan pendirian berhubung isu Chin Su Phin kerana beliau telah menjawab pertanyaan tersebut berhubung kenyataan sinonim dengan Haji Kadin.

Sebelum tetamu menjamu selera dengan pelbagai juadah yang tersedia, semua AJK Bahagian,Pemuda Wanita dan Puteri mereka masing-masing meneria sumbangan berupa hamper dan ‘Ang Pao’ daripada VK Liew.

2 comments:

  1. inilah politik....depan rakyat manis dan pandai bermuka-muka tetapi di belakang..dan dalam hati siapa yang tahu????

    ReplyDelete
  2. baguslah jika ahli-ahli UMNO sentiasa berbaik2...tiada makna sesebuah parti tu kalau jentera-jenteranya tidak bersatu hati. sebagai ahli politik dan wakil yang telah dipilih rakyat, anda harus mempamerkan kelakuan yang dihormati kerana rakyat memerhati!!!!

    ReplyDelete