Monday 16 February 2015

AHLI MAJLIS PERLU PROAKTIF LAKSANAKAN PENAMBAHBAIKAN BERTERUSAN: LIMUS


AHLI MAJLIS…Limus (tengah) bersama Isnin, Edmund,Mohd Fadzlee dan Esteher bersama ahli Majlis Daerah Kuala Penyu yang baru dilantik pada majlis tersebut


KUALA PENYU: Ahli Majlis Daerah perlu  bersikap proaktif dan bertindak secara stategik untuk mencapai kecermalangan seperti yang diharapkan oleh rakyat.


Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Kuala Penyu Limus Juray berkata ,bagi memastikan fungsi serta peranan  mereka dapat dirasakan oleh rakyat, setiap anggota Ahli Majlis Daerah  perlu memiliki pemikiran yang kreatif  bertindak sebagai pemikir dan perancang bagi memajukan  setiap daerah khususnya daerah Kuala Penyu.

“Setiap Ahli Majlis perlu  bersikap proaktif berdaya saing dengan memberikan idea idea baru bagi  merancang pelbagai program pembangunan bagi sesebuah kawasan Pihak Berkuasa Tempatan khususnya daerah Kuala Penyu agar standing dengan lain-lain daerah di negeri ini” katanya ketika berucap merasmikan Majlis Angkat Sumpah Anggota Majlis Daerah Kuala Penyu sesi 2015-2016 di Bilik Mesyuarat Majlis Daerah Kuala Penyu kemarin.

Menurut Limus yang juga Ketua UPKO  bahagian Kuala Penyu untuk  menjayakan agenda memperkasakan pembangunan di daerah itu, anggota Majlis  perlu  menwujudkan satu pelan strategik bagi membolehkan pihak berkuasa tempatan (PBT) terbabit  merancang dan melaksanakan pelbagai program pembangunan di samping meningkatkan sistem penyampaian kepada orang ramai.

Pelan strategik itu jelasnya, akan menyediakan rangka dasar, hala tuju dan fokus bagi melaksanakan agenda untuk menjadikan Majlis Daerah  Kuala Penyu lebih maju dan cemerlang pada masa akan datang seiring dengan program tranformasi yang dilaksanakan oleh kerajaan.

Tegas beliau, setiap ahli majlis daerah perlu menggembleng usaha untuk memajukan daerah.

Ke arah membangunkan penduduk dan Daerah Kuala Penyu, berdasarkan potensi yang ada  terutamanya dalam sektor pelancongan yang boleh menjana pendapatan PBT dan rakyat setempat.

“Penting bagi Ahli Majlis Daerah merapatkan kerjasama bersama jabatan,agensi kerajaan termasuk pemimpin di kawasan ini bagi memajukan daerah ini disamping memberikan tumpuan kepada sistem penyampaian cekap, cepat, berintegriti dan mesra pelanggan” katanya. 

Sementara itu seorang Ahli Majlis Daerah yang dikekalkan Fredoline Penggo ketika ditemui  berkata,  dengan keanggotaan ahli majlis daerah  Kuala Penyu yang terdiri dari pelbagai latar belakang  golongan profesional, pegawai kerajaan ahli politik dan badan NGO  akan menjadi satu pasukan yang boleh mencaturkan idea-idea baru dan positif bagi menyokong usaha Wakil Rakyat di kawasan itu untuk membawa lebih banyak program pembangunan untuk dinikmati oleh rakyat di daerah ini yang bukan sahaja dapat mensejahterakan kehidupan rakyat sekaligus program pembangunan yang dapat mempertingkatkan taraf sosio-ekonomi rakyat.

“Umum mengetahui peranan majlis itu bukan setakat memberikan perkhidmatan majlis sahaja seperti pengurusan sisa pepejal, kebersihan awam dan keindahan bandar. Malah fungsinya meliputi melaksanakan projek pembangunan dan kemudahan kepada masyarakat dan  sebagai ahli majlis kami yakin dengan perkongsian idea-idea yang baru  dapat membantu usaha  yang dilakukan oleh Wakil Rakyat di kawasan ini membawa perubahan bukan sahaja dari sudut landskap pembangunan namun ekonomi setempat” katanya. 

Yang turut hadir  Ketua Umno bahagian Beaufort Datuk Isnin Haji Aliasnih, Pengerusi Majlis Daerah Kuala Penyu Edmund Teo,  Wakil Setiausaha Tetap Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan  Datin Esther Lee,  dan Pegawai Eksuktif Majlis Daerah Kuala Penyu Haji Mohd Fadzlee Abdulla.


GALERI ACARA :


SERAH WATIKAH…. Fredolline ketika menyerahkan watikah perlantikannya kepada Edmund sambil disaksikan oleh Limus dan Isnin pada majlis tersebut


TAHNIAH…Limus ketika menyampaikan watikah perlantikan sebagai ahli Majlis Kepada  Awang Aslee Lakat pada majlis tersebut



KEKAL..Antara ahli Majlis Daerah Kuala Penyu yang dikekalkan jawatan mereka sebagai ahli Majlis yang hadir ke majlis tersebut 



AMANAT..Limus ketika berucap di majlis tersebut




ANGKAT SUMPAH..Sebahagian dari Ahli Majlis Daerah Kuala Penyu yang mengangkat sumpah jawatan di majlis tersebut

No comments:

Post a Comment