BANGUNAN BAMBO..Dikekalkan sebagai kenangan sejarah perjuangan penduduk kampung memperkasakan pendidikan bagaimanapun ada pihak menjadi gambar bangunan ini sebagai Viral di Halaman Sosial untuk menghentam kerajaan mengabaikan kemudahan sekolah di negeri ini
TENOM: Kerajaan tidak pernah meminggir atau menganaktirikan mana-mana sekolah yang berada di bawah kawal seliaannya termasuk sekolah-sekolah di luar bandar di Sabah dan Sarawak.
Ketua Penerangan Pergerakan Pemuda Umno Malaysia Jamawi Jaafar berkata, peruntukan yang diluluskan pada setiap tahun telah diagihkan sama rata mengikut keperluan untuk semua sekolah tanpa mengambil kira jenis atau lokasinya.
PENGHARGAAN…Jamawi menerima cendera kenangan dari Guru Besar Sk Bakuku Musiah Pansui selepas merasmikan majlis tersebut.
Jamawi menafikan dakwaan kononnya wujud ketidakadilan dalam pengagihan peruntukan kepada sekolah-sekolah di seluruh negara termasuk di Sabah dan Sarawak.
Beliau berkata sebagai contoh pada Bajet 2015, peruntukan penyelenggaran sebanyak RM450 juta akan diagihkan kepada lebih 8,000 sekolah rendah, termasuk SJKC kerajaan dan SJKT kerajaan serta sekolah menengah kebangsaan berbanding RM50 juta hanya untuk 889 SJKC Bantuan Kerajaan dan 336 SJKT Bantuan Kerajaan.
“Justeru, adalah tidak tepat jika ada pihak yang mendakwa bahawa telah berlaku ketidakadilan dalam pengagihan peruntukan kepada sekolah-sekolah di seluruh negara," katanya ketika ditemui selepas merasmikan Majlis Hari Ucapan dan Penyampaian Hadiah Sk Bakuku Tenom kelmarin.
Hadir sama Pegawai Pelajaran Daerah Tenom Azlan Dimon, Guru Besar Sk Bakuku Musiah Pansui dan Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa Guru Sk Bakuku Ramani Itiu.
Sk Bakuku merupakan sebuah sekolah yang terletak jauh di Pedalaman yang memakan masa dua jam perjalanan menggunakan kenderaan pacuan empat roda dari Pekan Tenom.
Jamawi yang juga Ketua Pergerakan Pemuda Umno bahagian Tenom turut meluahkan perasaan kesalnya terhadap perbuatan beberapa pihak yang tidak bertanggungjawab yang masih menjadikan gambar bangunan bambu bangunan Sk Bakuku yang dibina secara bergotong royong oleh penduduk kampong sebelum ini, sebagai “Viral” terutamanya di Halaman Sosial (FB) dan mendakwa gambar tersebut sebagai cerminan kerajaan mengabaikan keperluan prasarana pendidikan di Sabah khususnya di kawasan tersebut .
“Hari ini kita lihat pelbagai kemudahan telah disalurkan oleh kerajaan ke sekolah ini, selain bangunan konkrit bagi mengantikan kelas bambu sebelum ini, terdapat kemudahan kemudahan lain, bangunan rumah guru baharu, dewan terbuka dan pelbagai lagi kemudahan lain bukti kerajaan peka dan prihatin terhadap prasarana pendidikan di negeri ini” tegas Jamawi.
Tambahnya, bangunan yang dibina dengan menggunakan bambu masih dikekalkan sebagai kenangan bagaimana usaha serta perjuangan penduduk kampung tersebut untuk memperkasakan mutu pendidikan di kampung tersebut.
Menurut Jamawi lagi, Pergerakan Pemuda Umno bahagian Tenom yang menjadikan sekolah tersebut sebagai sekolah angkat akan terus memperjuangkan isu-isu pendidikan termasuk kemudahan dan pencapaian dalam bidang akademik
“Hari ini kita cukup berbangga walaupun sekolah ini terletak jauh di Pedalaman, namun guru dan pelajarnya tidak terpinggir menerima kemudahan asas yang lebih selesa membolehkan pelajar dapat belajar dalam suasana yang lebih kondusif dan natijahnya sekolah ini telah memperolehi peningakatan pencapaian terbaik dalam peperiksaan UPSR baru-baru ini” katanya.
GALERI ACARA :
KENANGAN.. Jamawi bersama Pelajaran Daerah Tenom Azlan Dimon, Guru Besar Sk Bakuku Musiah Pansui dan tenaga pengajar merakamkan gambar kenangan di hadapan bangunan baru SK Bakuku.
SELESA…Bangunan Baru Sk Bakuku Susana lebih selesa bagi guru mengajar dan pelajar belajar.
KEMUDAHAN…Rumah Guru Baru juga turut dibena di sekolah ini.
PENUH TRADISI..Jamawi bersama rombongan disambut penuh tradisi oleh penduduk kampong sejurus tiba untuk merasmikan majlis tersebut.
DEWAN..Terdapat juga sebuah dewan terbuka untuk kemudahan orang ramai dan pelajar di sekolah ini.
TAHNIAH..Jamawi diiringi oleh Pegawai Pelajaran Daerah Azlan Dimon, dan Guru Besar Sk Bakuku Musiah Pansui ketika menyampaikan hadiah kepada para pelajar sempana majlis tersebut
MESRA…Jamawi berbual mesra dengan tenaga pengajar di sekolah tersebut
SOKONGAN..Antara ibubapa pelajar yang hadir memberikan sokongan moral kepada anak-anak sempena majlis tersebut.
No comments:
Post a Comment